“Tuhan pun balas semula..”- Bekas Isteri dah bercerai, Ini luahan Sharnaaz Kpd Noor Nabila..

Pelakon Sharnaaz Ahmad ketika satu siaran langsung Instagram berkata bekas isterinya, Noor Nabila adalah seorang wanita kuat dan mampu menghadapi dugaan bercerai kali ketiga ini.

“Insya-Allah, dia okey, jangan risau”, ujar Sharnaaz ketika mengulas mengenai perceraian Nabila dan Engku Emran.

Dia wanita kuat dan memang kena hadap benda-benda begini, hendak buat macam mana.

Bukannya kita minta, kalau kita minta lainlah. Memang akan ada benda tak kena dalam hidup, jadi kena terima.

Ujarnya lagi, setiap ujian yang dihadapi manusia pasti akan menemui cahaya di kemudian hari.

Dalam pada itu, bintang filem Polis Evo 3 ini juga menasihatkan orang ramai agar tidak campur tangan sehingga menimbulkan fitnah terhadap individu yang terjejas dengan isu ini.

Kadang-kadang sebagai manusia, jangan menyibuk sangat hal orang sebab hal sendiri pun tak tahu apa akan jadi nanti.

Jangan terlalu ‘over’ sibuk pasal hal orang dengan buat andaian. Tuhan pun akan balas semula apa yang kita kutuk orang lain.

Terdahulu, Sharnaaz dan Noor Nabila pernah mendirikan rumah tangga pada 31 Mac 2019 sebelum berpisah pada 9 Julai 2020. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan seorang anak lelaki iaitu Jebat Jayden.

Noor Nabila kemudian bernikah dengan usahawan Engku Emran pada Mac 2021 sebelum bercerai pada 25 September 2023.

Memetik Harian Metro, kakak kepada selebriti Neelofa, Noor Nabila dan pasangan, usahawan Engku Emran Zainal Abidin dilaporkan sah bercerai talak satu di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur,

Nabila yang dihubungi Harian Metro memaklumkan bahawa dia reda dan menyifatkan perceraian itu sebagai takdir yang sudah tertulis.

Alhamdulillah, saya bersyukur semuanya selesai dengan cara baik. Semua ini adalah takdir untuk dilalui dan saya mohon doa anda supaya saya dan anak diberi kekuatan untuk melalui saat sukar ini.

Semoga Allah berikan ketenangan dan kebahagiaan dalam jiwa saya. Perpisahan ini bukan satu perjalanan mudah tapi saya reda dengan ketentuan-Nya.

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*