Penyanyi Nora Ariffin mengakui ilmu sihir yang diamalkan sesetengah orang memang wujud dan benar.
Nora atau nama lengkapnya Wan Norafizah Wan Ariffin, 49, berkata lebih buruk lagi ada yang sanggup menggunakan ilmu sihir pemisah kerana dengki.
“Sihir itu mmg wujud. Sihir pemisah juga mmg real angkara dengki..hati busuk dan kotor,” kongsinya di Instagram.
Kata Nora, sepatutnya sesiapa yang terkena sihir itu perlu ikhtiar berubat.
“Sesiapa yang pernah terkena, berubatlah dgn DARUSSYIFA / @yayasan_darussyifa
Itu ikhtiar kita. InsyaAllah,” nasihatnya.
Perkongsian itu turut mendapat perhatian pengikutnya yang rata-rata turut berkongsi pengalaman masing-masing.
“Kami suami isteri pernah terkena juga, rumah jadi panas…terasa ada benda perhati 24jam ,” komen seorang pengikutnya.
“Masya-Allah saya juga. Yakin Allah sebaik-baik perancang,” kata seorang warga maya.
Nora kini sudah dua tahun mendirikan rumah tangga dengan Pensyarah Kanan, Jabatan Fiqh & Usul, Universiti Malaya, Dr Rushdi Ramli, 55.
Terdahulu, Nora berkahwin dengan Allahyarham Johan pada 1992 dan dikurniakan empat anak iaitu dua lelaki dan dua perempuan.
Namun, Johan meninggal dunia pada 24 Mac 2017 pada usia 52 tahun akibat serangan jantung dan pada 13 Disember 2019 pula Nora diduga dengan kematian anak keduanya, Muhammad Syakir Aliff yang ketika itu berusia 20 tahun.
Leave a Reply