Kakak kepada pelakon Anzalna iaitu Diana Nasir menyatakan rasa puas hati dengan keputusan Shuib untuk mengambil tindakan terhadap pengguna media sosial yang memfitnah dirinya.
Diana menerusi hantaran di lnsta Story miliknya berharap tindakan itu dapat memberikan pengajaran buat netizen untuk menjaga adab dan berfikir terlebih dahulu sebelum memberikan komen.
“Good job Shuib! Satu pengajaran yang sangat bagus untuk netizen-netizen yang mulut puaka komen ikut suka hati.
“Tak ada masalah pergi cari masalah. Jika anda tiada apa yang baik untuk diperkatakan, lebih baik jika tidak berkata apa-apa,” tulisnya.
Dalam pada itu, Diana juga turut meninggalkan komen di Instagram Shuib.
“Good job Shuib! Pengajaran yang sangat bagus untuk yang suka komen tak guna tak macam ni!” coretnya.
Terdahulu, Shuib mendedahkan hantaran Facebook tindakan beberapa individu mengaitkan dia dengan Freemason dan mendakwa Siti Sarah dipaksa untuk ditidurkan ketika dijangkiti Covid-19 sebelum meninggal dunia dua tahun lalu.
sumber : Gempak
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.
Leave a Reply