Dikatakan Ada Hubungan Serta Dilihat Mesra, Pelakon Ahirine Dedah Status Beliau Dengan Zizan Razak

Kuala Lumpur – Pelakon Ahrinie Ahirudin memberitahu dakwaan orang ketiga dalam perkahwinan pasangan Farid Kamil dan Diana Danielle meninggalkan impak besar dalam kehidupannya.

Ahirine, 27, berkata, meskipun sudah menjelaskan dia tidak mempunyai sebarang kaitan dengan masalah rumah tangga pasangan itu namun kontroversi itu masih menjadi sebutan di media sosial.

Sekadar info, mewarisi bidang kewartawanan daripada bapanya yang juga figura industri media tersohor negara, Ahirudin Attan, Ahirine memulakan kerjaya awalnya sebagai penulis untuk ruangan Cars, Bikes and Trucks untuk akhbar New Straits Times selama 2 tahun, dari 2014 hingga 2016 semasa beliau menjadi pelajar diploma.

Minat Tengok Perlumbaan Kereta

Saya okay tapi tak boleh nak hentikan orang yang bercakap mengenainya di media sosial, isu itu melekat meskipun sudah menjelaskan kedudukan sebenar.

Hubungan saya dengan Farid tiada masalah malah pernah terserempak dengan Diana di sebuah acara dan kami okay sahaja saya mendoakan yang terbaik buat Farid dan Diana.

“Dari segi emosi memang terganggu tapi buat masa ini Alhamdulillah rezeki dalam bidang lakonan tidak terjejas disebabkan isu yang berlaku,” katanya.

Sementara itu, Ahirine turut menjelaskan hubungannya dengan pelawak Zizan Razak tidak lebih sekadar kawan biasa selepas video mereka hadir ke sebuah perlumbaan kereta tular di media sosial.

“Ramai komen bila saya muat naik video dengan Zizan tapi nak cakap ada hubungan dengan dia memang tak sebab kami kawan tapi akan datang saya tidak tahu,” katanya.

Kredit : Mstar/IG

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri. Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.

*