Akhirnya kebenaran menjelma, Hasil bedah siasat doktor. Rupanya ini punca sebenar kematian bayi Qaseh Aulia di Taska.

Hasil bedah siasat bayi dua bulan yang meninggal di sebuah taska di Seksyen 6, Kota Damansara mendapati mangsa meninggal dunia akibat sesak nafas.

Menurut ibu mangsa, Maisarah Rosli, punca kem4tian itu dilaporkan menerusi laporan hasil bedah siasat daripada Pakar Perubatan Forensik di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) pada Jumaat.

“Sesungguhnya jangkaan awal kami adalah benar, punca kem4tian disebabkan oleh sesak nafas berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang memaparkan Qaseh Aulia diletakkan dalam posisi meniarap dalam keadaan dibedung.

“Kami juga percaya, berdasarkan rakaman CCTV, terdapat unsur kecuaian oleh pengasuh kerana meletakkan bayi kami dalam posisi meniarap dengan keadaan bayi dibedung serta tiada pemantauan dan pengawasan untuk lebih satu jam sehingga menyebabkan bayi meninggal dunia,” menurut Maisarah dalam kenyataannya hari ini.

Jelasnya juga, pihaknya akan terus berusaha untuk mencari keadilan ke atas kem4tian bayinya dan tidak menolak kemungkinan untuk mendapatkan khidmat guaman dalam memperjuangkan keadilan ini.

Qaseh Aulia Faizul dilaporkan meninggal dunia di sebuah taska di Seksyen 6, Kota Damansara pada 10 Oktober lalu.
“Semoga kem4tian bayi kami dapat keadilan sewajarnya dan kami akan menyerahkan siasatan sepenuhnya kepada pihak berkuasa dan bersedia untuk memberi kerjasama dalam proses bagi mendapatkan keadilan sewajarnya.

“Ucapan terima kasih juga kepada PDRM, JKM dan PPUM yang memberikan komitmen tinggi dalam kes ini,” ujarnya lagi.

Terdahulu, Qaseh Aulia Faizul dilaporkan meninggal dunia di sebuah taska di Seksyen 6, Kota Damansara pada 10 Oktober lalu.

Bayi yang berusia dua bulan 25 hari ketika dihantar pada hari keduanya di taska telah menjalani proses bedah siasat bagi mengetahui punca kem4tian dan selamat dikebumikan pada hari berikutnya.

Susulan kem4tian, PDRM juga telah menahan pengasuh warga asing bagi merakam percakapan dan dibebas dengan jaminan polis.

JKM turut menyita taska berkenaan kerana dilaporkan tidak berdaftar bersama jabatan itu.

sumber: hm

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*