
“Mna janji? Sy undi awk setiap hari tau..”- Terkejut Dr Malar berani s0und Bell? Smpi snggup jumpa depan2 mrah Bell..
Kuala Lumpur : “Kalau dia nak juga, insya-Allah tak payah bulan puasa. Saya boleh ‘tapau’kan (bungkus) nasi kandar vanggey dua dengan teh o ais,” kata Bintang Paling Popular Anugerah Bintang Popular BH ke-35 (ABPBH35), Bell Ngasri, 42, selepas diterjah pempengaruh, Dr Malar Santhi yang menuntut dia menunaikan janji belanja makan tengah hari pada bulan Ramadan sekiranya menang kategori Artis Komedi Popular di ABPBH35.
Bell yang memang kategori itu berkata, dia terkejut apabila Dr Malar datang bertemu dengannya ketika dia terbabit dalam satu program TV semalam.
Semalam kami bertemu dan bertentang mata. Kami terjumpa di sebuah program TV. Saya panik dan menggeletar sebab mula-mula dia cakap dia bukan terbabit dalam program itu pun. Dia datang memang nak cari saya saja, lagilah saya menggelupur,” katanya.
Bagaimanapun, menurut Bell, Dr Malar menjelaskan dia sebenarnya sekadar melawak dan mengakui sudah mengenali Bell sejak kecil.
Alhamdulillah, dia pun seorang yang baik orangnya. Saya terharu dan tidak sia-sialah saya berlakon serta berada dalam bidang seni ini sejak kecil lagi,” katanya.
Bell berkata, dia memang tidak berkira dan sedia belanja Dr Malar tanpa perlu menunggu bulan Ramadan.
Dalam masa sama, Bell tidak menyangka manifesto gurauan itu besar impaknya.
“Ini adalah kejutan, malah satu tamparan hebat sebab saya tak pernah terfikir hal itu. Dr Malar memang nak tengok boleh ke tidak saya melunaskan manifesto itu,” katanya.
Terdahulu, Dr Malar berkongsi videonya menerjah Bell di lokasi satu program TV. Dengan nada bergurau, dia menuntut pelakon itu tunaikan janjinya selain sempat berborak dengannya.
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.
Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.
Leave a Reply