Dulu heboh bercerai dengan pengkid, kini Danny sangat teraniaya pula dengan Dr Qaseh

Danny yang pernah heboh berpisah selepas dua minggu bernikah dengan seorang pengkid.

Sekarang, pemilik salon dikenali Danny, 41, rasa sangat teraniaya pula dengan Dr Qaseh yang rupanya sudah berkahwin.

“Saya rasa saya manusia yang teraniaya, lelaki yang teraniaya. Saya rasa saya terlalu naif dalam hubungan ini,” keluh bekas mak nyah berkenaan.

Khabar mengenai status perkahwinan Dr Qaseh yang juga pemilik klinik sebuah klinik di Klang, Selangor itu tular di laman sosial.

Pendedahan mengejutkan itu dibuat di TikTok oleh seorang lelaki yang mendakwa dirinya adalah suami kepada Dr Qaseh.

Dakwaan lelaki itu dikuatkan lagi dengan video dan gambar perkahwinan mereka.

Susulan itu, Danny menerusi satu video di TikTok tampil menjelaskan yang dia tidak tahu pun Dr Qaseh sudah berkahwin dan berstatus isteri orang.

Selama ini, dia hanya dimaklumkan wanita berkenaan masih bujang.

Danny juga sudah memeriksa latar belakang Dr Qaseh dengan kakak kandung wanita itu yang memberitahu bakal isterinya itu belum pernah berkahwin.

“Dalam masa sama, saya ada menerima mesej daripada seseorang mengatakan Dr (Dr Qaseh) sudah berkahwin.

“Saya mengesyaki dan memaksa doktor memberi nombor telefon keluarganya untuk bertanyakan perkara sebenar.

“Saya dapat nombor kak long, kakak kandung Dr, saya bertanya kepada kak long dan kak long mengesahkan kepada saya itu adalah gambar adik doktor yang diambil gambar seperti perkahwinan.

“Katanya, jangan dengar apa orang cakap mengenai hubungan kami dan itu dinasihatkan kakak kandung Dr sendiri jari saya mula berasa itu (dakwaan) satu fitnah,” katanya.

Menurut Danny, dia kemudian dihubungi seorang lelaki mengatakan dirinya adalah suami kepada Dr Qaseh.

“Kami mula bertengkar, mencari bukti kemudian dapatkan bukti sahih mengatakan dia (lelaki berkenaan) adalah suami Dr yang sah disisi undang-undang.

“Saya bertanya kepada kak long, sehingga sekarang saya tak dapat jawapan kenapa kak long sanggup katakan apa Dr kata itu benar dan Dr seorang single (bujang) yang tak pernah berkahwin.

“Saya juga ada mesej seorang (ahli) keluarga Dr dan mereka nyatakan tidak masuk campur,” katanya.

Tambah Danny, dia tidak tahu apa perlu dilakukan namun memohon maaf kepada suami Dr Qaseh atas keterlanjurannya menjalin hubungan dengan isteri lelaki berkenaan.

“Saya menegaskan yang saya tak tahu menahu tentang perkahwinan ini (Dr Qaseh dan suaminya) yang sudah dirahsiakan daripada saya oleh Dr dan keluarga.

“Saya hanya ingin hidup bahagia dan saya ikhlas memperisterikan seorang wanita iaitu Dr akan tetapi ini yang berlaku. Saya mohon maaf dan rasa sangat teraniaya,” katanya.

Menurut Danny, sejak dua bulan perkenalan dengan Dr Qaseh, tiada langsung isu berbangkit.

“Yang saya tahu Dr tak pernah berkahwin dan mempunyai seorang anak angkat, saya juga mempunyai anak angkat.

“Saya sudah jumpakan anak angkat saya dengan doktor, kami berempat sudah berkumpul makan semeja. Saya nampak itu kebahagiaan yang saya idamkan keluarga yang sangat sempurna.

“Saya rasa rasa ingin memperisterikan doktor dan saya melamar doktor sebagai isteri dan doktor sudah bersetuju untuk jadi isteri saya.

“Kami pun sudah membeli barangan keperluan pernikahan, cincin, baju dan barangan keperluan lain,” katanya.

Sementara itu, Danny ketika dihubungi Harian Metro mengesahkan Dr Qaseh sudah berkahwin dan nekad membatalkan perkahwinan mereka.

Kisah Danny sebelum ini tular apabila berkongsi hasratnya untuk berkahwin dengan Dr Qaseh sekali gus mengakhiri zaman dudanya dalam waktu terdekat.

Danny dan Dr Qaseh berkenalan di TikTok sebelum bersepakat untuk mendirikan rumah tangga.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*