“Muka cantik jadi penyondol!! otak kat lutut ke”- DSV

Usahawan terkenal Datuk Seri Vida tidak dapat menahan rasa marah dan geram memikirkan perilaku anak pelakon Norman Hakim dan Abby Abadi, Marissa yang melangsungkan perkahwinan secara rahsia dengan suami orang dikenali sebagai Aslam di Songkhla, Thailand sejak Disember tahun lalu.

Pada masa sama, usahawan yang juga bergelar penyanyi itu turut bersimpati dan berasa kasihan terhadap Norman dan Abby selepas kisah anak perempuan mereka berkahwin dengan suami orang menjadi buah mulut netizen.

“Allah, anak-anak kenapalah buat begitu pada ibu bapa?

“Saya pun ada anok tino (anak perempuan). Lain anak, lain ujiannya. Semoga dipermudahkan,” tulis Vida menerusi satu hantaran dalam Instagram miliknya.

Dalam video yang dikongsikan, Vida atau nama lengkapnya Hasmiza Othman, 53, turut meluahkan rasa kesal dengan tindakan Marissa apabila gadis berusia 19 tahun itu menjadi penyondol dalam rumah tangga orang lain.

Malah, ibu tunggal kepada dua orang cahaya mata itu turut berasa geram selepas Marissa menjadi isteri kedua kepada kepada lelaki yang disifatkan tidak ada duit itu.

“Hey! Saya sebagai mak, geramnya. Kenapalah bernikah dengan budak seperti itu? Bukannya ada duit.

“Mu (Marissa) jadi madu orang (isteri kedua), menyondol? Kenapalah? Punya ramai lagi jantan kaya, muka lagi comel (kacak), boleh ambil, otak mu letak dekat lutut ke?

“Saya sebagai mak, rasa sakit. Tak tahulah mak ayah sebenar dia (Abby dan Norman) rasa macam mana. Geramnya, anak kita jaga, lahirkan punyalah cantik, pergi nikah dengan suami orang. Janganlah,” kata Vida.

Dalam ruangan komen, ramai yang bersetuju dengan pendapat Vida dan turut berkongsi rasa geram dengan tindakan Marissa.

“Betul Datuk. Tengok berita pagi tadi, terfikir apa perasaan Abby sekarang. Kasihannya. Hancur luluh hati dia,” kata seorang pengguna Instagram.

“Terima kasih Datuk tolong bebelkan bagi pihak mak-mak,” kata seorang pengikutnya.

“Memang panas hati dengar. Sedih betul,” ujar seorang lagi pengikutnya.

Namun, terdapat juga segelintir komen mengecam tindakan Vida apabila menggelar Marissa sebagai penyondol dan memintanya untuk tidak masuk campur dengan masalah orang lain.

“Boleh nak menegur, tapi tidak perlu melabel yang bukan-bukan pada anak orang. Apa pula perasaan mak ayah dan keluarganya?” kata seorang wanita.

“Sudahlah, jangan melebih-lebih. Simpan komen Datuk. Kasihan pada ibu bapanya,” tegur seorang pengguna Instagram.

Sejak kelmarin, nama Marissa atau Marissa Dania Hakim kembali menjadi bualan ramai apabila didakwa sudah bernikah dengan Aslam yang juga berstatus suami orang secara rahsia di Songkhla, Thailand pada 27 Disember lalu.

Pernikahan tersebut berlangsung ketika isteri pertama Aslam iaitu Umisya Mazlan sedang menunaikan umrah di Tanah Suci.

Difahamkan, Abby dan Norman ada membuat bertemu empat mata dengan keluarga Aslam, dan meminta anaknya supaya berpisah.

Sehingga kini, Aslam dan Marissa masih belum mendaftarkan perkahwinan mereka secara sah di Malaysia.

sumber: kosmo

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri. Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*