“Tiba-Tiba Muka Saya Senget, Tangan Kiri Tak Dapat …” – Keluarga Mohon Doa Orang Ramai Buat Esma Daniel

PELAKON Esma Daniel berkongsi detik cemas apabila dia diserang penyakit angin ahmar selepas melakukan rutin larian pada 10 November lalu.

Esma atau Esma Daniel Md Isa, 54, berkata, dia mengesan kelainan pada dirinya selepas tubuh sebelah kirinya menjadi lemah selain wajahnya menjadi senget.

“Pada 10 November lalu sebaik habis larian rutin, selepas makan malam bersama isteri secara tiba-tiba saya rasa tangan kiri tidak dapat mengangkat gelas minuman dan isteri turut mendapati wajah saya agak herot.

“Apabila saya cuba bangun, kaki kiri saya lemah sehingga saya hampir tumbang dan disambut oleh isteri.

Esma setia ditemani isteri Nur Atira Mazlan di hospital.

“Saya yang memang menghidap tekanan darah tinggi mendapati bacaan mendadak naik lalu saya cuba baring dengan menaikkan kedudukan kaki,” katanya.

Esma berkongsi mengenai perkara itu menerusi hantaran di Facebook miliknya pada malam Ahad.

Dalam pada itu, Esma memberitahu dia tidak segera mendapatkan rawatan di hospital sebaliknya hanya berehat di rumah kerana merasakan keadaannya akan kembali pulih.

Bagaimanapun sejurus mendapat rawatan keesokan harinya, doktor menegur dia lewat ke hospital selepas ujian imbasan CT menunjukkan wujud darah beku sebanyak tiga milimeter pada bahagian otaknya.

“Pada 11 November sekitar pukul 4 petang saya ditahan di wad kecemasan dan doktor bertugas agak kesal keputusan saya lambat ke hospital.

“Doktor terangkan jika saya segera ke hospital mungkin kaedah trombektomi endovaskular iaitu teknik rawatan terkini untuk mengeluarkan darah beku yang menyumbat saluran darah besar di otak iaitu penyebab strok dapat dilakukan.

Esma menyertai marathon 10 kilometer pada Ahad lalu.

“Prosedur ini lazimnya dilakukan dalam lingkungan 24 jam selepas serangan strok berlaku,” jelasnya.

Esma bagaimanapun bernasib baik kerana masih layak melakukan prosedur itu memandangkan dia aktif bersukan yang memungkinkan otak dan organ badanya berfungsi dengan baik meskipun sudah melepasi tempoh 24 jam selepas serangan.

Imbasan CT yang menunjukkan otaknya masih dalam keadaan baik membuatkan doktor tanpa berlengah membuat rawatan berkenaan bagi membuang darah beku di bahagian tersebut.

Esma bersama petugas di HCTM yang merawatnya.

Esma memberitahu dia juga ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) selama empat hari bagi tujuan pemantauan selepas prosedur itu.

“Saya ditempatkan di ICU selama empat hari. Bagi memastikan jantung saya tidak berkait dengan serangan strok, ECG dan ujian ultra bunyi juga dilakukan.

“Alhamdulillah jantung saya dalam keadaan baik dan tidak berkait dengan serangan strok yang dialami,” ujarnya.

Sementara itu, Esma memberitahu keadaannya kini kembali pulih malah sempat menyertai larian marathon sepanjang 10 kilometer di Cyberjaya pada Ahad lalu.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri. Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*