‘Sebab Dia Berjaya Tarik Client Masuk’ Fizi Ali Tak Nafi Ada Penyampai Radio Terima Gaji Cecah Ratusan Ribu

Penyampai radio Fizi Ali tidak menolak dakwaan yang mengatakan terdapat penyampai radio menerima gaji sehingga mencecah ratusan ribu ringgit.

Gaji cecah ratusan ribu

Ketika dihubungi OhBulan! Fizi berkata hal itu berkemungkinan disebabkan penyampai radio tersebut berjaya menarik minat pelanggan untuk mengiklankan produk jenama mereka di segmen yang dikendalikan penyampai terbabit.

Kadang kala seseorang penyampai itu mampu menarik client untuk masukkan iklan mereka dalam sesebuah stesen. Ada client yang mahu iklankan produk mereka disebabkan mereka minat dengan segmen yang dikendalikan seseorang penyampai.

Oleh itu tidak menjadi masalah sekiranya penyampai itu menerima gaji yang tinggi disebabkan dia telah berjaya menarik client.

Sudah pasti ada keunikan yang dimiliki pada penyampai tersebut, mungkin bakatnya, personalitinya atau apa sahaja yang membuatkan pendengar dan juga client tertarik.

Dalam pada itu, Fizi berkata pelanggan akan mengiklankan produk mereka di segmen yang dikendalikan oleh penyampai yang dilihat mampu menarik minat pendengar untuk membeli.

Saya tidak menafikan perkara itu boleh berlaku, melihat kepada demand yang diminta client kerana minat dengan penyampai itu.

Contoh situasinya, ada client melabur sehingga RM20juta dan dia mahukan penyampai itu yang mempromosikan barangan mereka dan ada client yang tetapkan berapa peratus bayaran ingin diberikan kepada penyampai tersebut.

Terdahulu, topik mengenai gaji penyampai radio yang didakwa mencecah puluhan ribu malahan ratusan ribu ringgit telah menjadi bualan hangat netizen.

Malah, bekas penyampai radio Linda Onn turut tampil memberi respon dengan mengatakan ketika dia menjadi penyampai suatu ketika dahulu, gajinya tidak melebihi RM10,000.

Berikutan daripada itu, Linda meluahkan rasa bertuah sekiranya gaji penyampai radio pada masa sekarang mencecah ratusan ribu ringgit.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri. Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*