Fizz Fairuz korban 7 ekor lembu sempena Aidiladha, ada simbolik di sebalik

Bersempena Hari Raya Aidiladha tahun ini, pelakon Datuk Fizz Fairuz melakukan ibadah korban dengan menumbangkan tujuh ekor lembu.

Fizz atau Mohd Fairuz Zainal Abidin, 43, berkata, jumlah itu adalah sebagai simbolik kepada keinginannya untuk memiliki tujuh orang cahaya mata bersama isteri, Datin Almy Nadia.

“Tujuh sebab saya mahu tujuh orang anak tapi kita sembelih lembu dulu.

“Saya kalau boleh nak tujuh orang anak sebab saya ada sembilan orang adik-beradik. Nak ‘lawan’ mak tak larat pula,” katanya kepada mStar.

Fizz simpan hasrat ingin miliki tujuh orang anak.

Fizz berkongsi perkara itu ketika ditemui di malam tayangan perdana filem Sue-On yang berlangsung di Petaling Jaya, Selangor pada malam Selasa.

Dalam pada itu, Fizz berkata, dia akan meraikan hari raya di Kuala Lumpur memandangkan ibadah korban dilakukan di kawasan tempat tinggalnya.

“Saya akan beraya di Kuala Lumpur dan lakukan korban di sini sebanyak tujuh ekor. Ini yang paling meriah dan ibu saya juga akan datang ke sini,” katanya.

Berkongsi maksud korbannya tahun ini, Fizz memberitahu dia mengagumi pengorbanan isterinya yang sentiasa bertanggungjawab dalam menguruskan anak-anaknya.

Fizz hargai pengorbanan isteri selama ini.

“Korban bagi saya tahun ini adalah pengorbanan ibu kepada anak. Saya lihat seorang ibu sanggup buat apa sahaja demi anak-anak dia.

“Saya memang terharu lihat pengorbanan isteri saya,” kongsinya.

Untuk rekod, Fizz dan Almy mendirikan rumah tangga pada 26 April 2014 dan dikurniakan empat cahaya mata perempuan iaitu Afrina Arianna, 6, Afrina Aurora, 5, Afrina Ayra, 4 dan Nur Afrina Aisyah, 2.

sumber: mstar

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*