Netizen Tergamam Gambar Kecederaan Zayn Rayyan Tersebar Ketika Proses Bedah Siasat

Baru-baru ini tular di media sosial berkenaan tentang beberapa kepingan gambar, dipercayai milik Allahyarham Zayn Rayyan ketika dibedah siasat tersebar hingga membuatkan netizen tergamam melihat kesan kecederaan yang ada di badannya.

Gambar Bedah Siasat Tersebar Di Telegram

Menurut laporan Harian Metro, difahamkan terdapat dua gambar kecederaan yang dimuat naik di platform Telegram Edisi Siasat, dimana ia memaparkan keadaan fizikal kanak-kanak autisme itu selepas ditemui di kawasan anak sungai berhampiran kediamannya di Apartment Idaman, Damansara Damai.

Selepas gambar terbabit kian tersebar, Menteri Komunikasi iaitu Fahmi Fadzil memaklumkan bahawa sekiranya ia kertas siasatan yang benar, pihak yang menyebarkannya perlu diambil tindakan berikutan kes berkenaan akan dibicarakan di mahkamah.

“Tindakan pihak-pihak tertentu memasukkan perkara seperti ini (kertas siasatan) dalam Telegram umpamanya, tidak diketahui sama ada maklumat itu (kertas siasatan) betul atau tidak, sama ada direka atau dibuat-buat,” tegasnya.

Sebelum, ibu bapa kepada kanak-kanak Zayn Rayyan Abdul Matiin telah dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Petaling Jaya atas pertuduhan mengabaikan anak mereka sehingga berpotensi menyebabkan kecederaan fizikal pada Disember tahun lalu.

Zaim Ikhwan Zahari dan Ismanira Abdul Manaf, kedua-duanya berusia 29 tahun, tampil di hadapan Hakim Dr Syahliza Warnoh dan membuat pengakuan tidak bersalah terhadap pertuduhan yang dibacakan.

Kredit: Harian Metro

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*