Pesawat ringan terhempas di Elmina, juruterbang, penumpang & penunggang motor..

Seorang penunggang motosikal dipercayai maut selepas sebuah pesawat ringan terhempas di di laluan masuk ke kawasan kediaman Elmina berhampiran Lebuhraya Guthrie sebentar tadi.

Menerusi laporan dari Harian Metro, juruterbang dan penumpang pesawat ringan tersebut juga dikhuatiri meninggal dunia ekoran insiden berkenaan.

Menurut laporan awal, pesawat ringan yang terhempas dipercayai dari model Fouga CM-170 Magister dan kejadian berlaku tidak jauh daripada landasan Lapangan Terbang Subang.

Setakat ini, video-video insiden itu telah tular di media sosial memandangkan ramai yang berada di lokasi tersebut.

Sidang media untuk kejadian berkenenaan juga akan dibuat pada 4 petang ini oleh pihak berkuasa.

Laporan lanjut menyusul.

Sumber: Harian Metro

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri. Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*