Suami Pen4t Kerja Terlupa Birthday, Isteri Hemp4s Barang Dapat ‘Hadiah’ Talak 3

Berbanding suami, golongan isteri sememangnya jauh lebih peka terhadap tarikh-tarikh penting seperti ulang tahun kelahiran pasangan mahupun perkahwinan. Beberapa hari sebelum tanggal bermakna itu tiba, ada yang sanggup merancang kejutan istimewa. Namun di sisi lain, ada juga pasangan yang menganggap ia seperti hari-hari biasa lain.

Saya terlupa birthday isteri sebab banyak sangat kerja di pejabat

Dalam kisah dikongsikan peguam bernama Puan Hazwani Zainal pula, siapa sangka punca terlupa tarikh hari jadi malah menjadi detik hitam untuk satu pasangan ini. Menurut kisah tersebut, si suami yang sibuk dengan urusan kerja baru sahaja pulang ke rumah kira-kira jam 10.00 malam. Saat itu, dia benar-benar terlupa bahawa hari tersebut merupakan ulang tahun kelahiran isterinya.

Dia baling sampai pecah skrin…Telefon tu saya kumpul duit 6 bulan

Tidak disangka-sangka, isterinya mula ‘tantrum’ sehingga bertindak menghempas barangan milik suami. Paling dikesalkan, komputer riba yang mengandungi bahan-bahan mesyuarat kerja turut dibaling oleh wanita berkenaan. Suasana semakin tegang, sang suami yang sedang kepenatan juga gagal mengawal emosi sehingga melafazkan talak 3 secara tidak sengaja.

Harapnya masih ada jodoh saya & dia

Terlajak perahu boleh berundur, terlajak kata badan binasa. Lelaki berkenaan segera mendapatkan rujukan lanjut berhubung perkara tersebut dan menyatakan harapan semoga dia dan isteri masih dapat bersama. Mengambil ikhtibar daripada cerita tersebut, Puan Hazwani memberikan peringatan bahawa lafaz talak sebegitu haruslah disahkan oleh pihak Mahkamah Syariah sendiri dan usah pula berdiam diri.

@puanhazwanizainal

PENGESAHAN LAFAZ TALAQ 3 Setiap lafaz cerai hendaklah disahkan di Mahkamah Syariah supaya hakim dapat menyiasat sama ada sabit atau tidak lafaz cerai tersebut. Jangan diamkan dan teruskan hubungan seperti tiada apa yang berlaku. Setiap keputusan mahkamah masih boleh dirayu jika pihak-pihak tidak berpuas hati terhadap keputusan yang diberikan. Namun begitu, sebelum rayuan dibuat, hendaklah diteliti merit kes sama ada rayuan tersebut boleh berjaya atau sebaliknya. #perceraian #talaqtiga #bainkubra #cerai

♬ Picisan – Adzrin

KREDIT : TikTok puanhazwanizainal

sumber: kisahdunia

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*