aaaTrlepas pingat gara2 pelumba lain, Keadaan trkini Pelumba kita bila tahu punca sbenar

Insiden perlanggaran babitkan pelumba berbasikal trek negara, Muhammad Shah Firdaus Sahrom dalam aksi final keirin menyebabkan dia mengalami kecederaan teruk.

Menerusi satu video yang tular di laman sosial, Shah Firdaus terpaksa dipapah keluar daripada trek selepas berakhirnya perlumbaan yang berlangsung di Velodrom Saint Quentin en Yveline itu.

Dua pegawai dari kem negara membantu Shah Firdaus yang dilihat tidak mampu berjalan sendiri dan terpaksa dipapah keluar dari trek perlumbaan.

Shah Firdaus kemudiannya berbaring menahan kesakitan yang dialaminya ekoran perlanggaran bersama dua lagi pelumba lain.

Keadaan atlet kelahiran Johor itu cukup meruntun jiwa apabila jelas kelihatan Shah Firdaus terpaksa menahan kesakitan demi mengibar bendera negara di pentas Olimpik.

Terdahulu, hajat Shah Firdaus Sahrom untuk bergelar pelumba keempat terbaik dalam acara keirin di Olimpik berkecai selepas dia disahkan sekadar menduduki tangga keenam.

Biarpun pada satu ketika Shah Firdaus dikatakan menduduki tangga keempat, namun insiden perlanggaran babitkan dirinya bersama pelumba Jepun, Shinji Nakano dan pelumba Great Britain, Jack Carlin meletakkan Shah Firdaus dalam status REL (disingkirkan).

Pemberian status itu difahamkan ekoran tindakannya menghalang terlebih dulu Nakano sebelum berlakunya perlanggaran itu.

Perlumbaan final itu dimenangi pelumba Belanda, Harrie Lavreysen untuk merangkul pingat emas ketiganya di Paris selepas turut memenanginya dalam acara pecut individu dan berpasukan.

Pingat perak menjadi milik pelumba Australia Matthew Richardson manakala rakan senegaranya, Matthew Glaetzer membawa pulang gangsa.

Keputusan itu menyaksikan misi Malaysia untuk menamatkan penantian meraih emas sulung Olimpik berterusan dengan Shah Firdaus menjadi wakil terakhir negara diletakkan sandaran untuk merealisasikannya pada temasya di Paris.

VIDEO :

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*