Pakai baju pengantin, peminat buat carian ‘husband Kilafairy’ di TikTok… Tuan badan syukur ramai doa perkara baik

GARA-GARA memperagakan koleksi baju pengantin, ramai menyangka pelakon Kilafairy sudah mendirikan rumah tangga.

Tidak terhenti di situ, carian ‘husband Kilafairy’ muncul di TikTok apabila ramai mahu melihat wajah jejaka yang berjaya menambat hati aktres berkenaan.

Kila atau Syakila Nisa Jahangir Khan, 32, bagaimanapun menyangkal dakwaan dia sudah bergelar isteri orang.

Peminat memulakan carian tentang ‘suami’ Kila.

“Tak, belum kahwin. Tiada guys (suami),” katanya.

Kila menulis perkara tersebut di Instagram miliknya pada Rabu.

Dia sebelum itu berkongsi video terlibat dalam sesi fotografi koleksi pakaian pengantin hasil rekaan Shanel Harun.

Disebabkan tidak meletakkan sebarang kapsyen ramai yang salah faham kerana video berkenaan juga memperlihatkan Kila duduk di kerusi seolah-olah di atas pelamin.

Kila bekerjsama dengan Shanel (kiri) untuk koleksi baju pengantin.

Dalam masa sama ketika dihubungi, pelakon ini hanya melauhkan rasa syukur dan menganggap setiap ucapan yang diterima itu sebagai doa.

“Ramai yang mendoakan perkara baik untuk saya. Alhamdulillah. Saya bersyukur,” jawabnya ringkas kepada mStar.

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*