‘H0bi’ Jiran Suka Park Depan Rumah Orang, Satu Hal Kena Pergi ‘Mengemis’ Suruh Alih Kereta, Dah Bebel Sebakul Tetap Tak Minta Maaf

Tidak dapat din4fikan, walaupun zaman semakin maju, masih wujud golongan yang tidak mempunyai ‘common sense’ sehingga menyusahkan orang lain.

Salah satunya, lsu parkir di kawasan perumahan yang nampaknya tidak berkesudahan.

Saban hari, ada sahaja perkongsian di laman sosial mengenai sikap tidak bertanggungjawab jiran masing-masing yang mem4rkir kenderaan sesuka hati.

Dalam satu perkongsian terbaharu yang tular di laman Twitter, seorang wanita sempat mer4kam gelagat jirannya yang tidak bertanggungjawab apabila memarkir kereta di hadapan pagar rumahnya.

Sudahlah tidak meminta kebenaran, j1ran wanita tersebut juga hanya muncul beberapa minit kemudian untuk mengalih keretanya.

Wanita berkenaan terpaksa membunyikan h0n dan memanggil jirannya kerana menghalang laluan keluar.

“Sej3nis manusia yang suka park depan pagar orang,” demikian kapsyen yang ditulis pada perkongsian berkenaan.

Menurut wanita tersebut lagi, dia sudah beberapa kali memberitahu jirannya agar tidak memarkir kereta di hadapan rumahnya namun tindakannya ibarat mencurah air ke daun keladi.

Dalam insiden terbaharu yang sempat dir4kam menerusi video berdurasi 53 saat itu, wanita berkenaan yang mahu mengeluarkan keretanya dilihat membunyikan hon sebanyak tiga kali sebagai tanda peringatan.

Namun kelibatnya jirannya tidak juga muncul, menyebabkan wanita itu terpaksa keluar dan ke rumah individu tersebut.

“Tak pasal aku pula kena pergi tekan bell (l0ceng) rumah dia. Dah membebel sebakul… selepas ni buat lagi tak tahulah,” tulisnya lagi.

Sama perangai jiran akulah ni. Depan rumah dia boleh parking tapi nak juga dekat rumah aku.

Tidak lama kemudian, tanpa rasa bersalah, seorang perempuan muncul dan masuk ke dalam keretanya yang diparkir di hadapan pagar kediaman wanita berkenaan seterusnya mengalihkan kenderaannya.

Sehingga kini, video yang dikongsikan oleh laman Twitter @mynewshub meraih lebih 2,200 ulang kicau.

Menjengah ke ruangan komen pula, rata-rata warga maya meluahkan rasa geram dan mengecam jiran wanita berkenaan yang langsung tidak menghormati orang lain.

Malah mereka turut berkongsi pengalaman yang serupa dengan jiran masing-masing.

Netizen turut berkongsi pengalaman yang sama dengan wanita tersebut.

“Sama dengan rumah aku dan dari jenis yang sama. Bila aku nak keluar atau balik dari luar, pandang aku macam kan aku yang bersalah.

“Sama perangai jiran akulah ni. Depan rumah dia boleh parking tapi nak juga dekat rumah aku. Aku nak keluar guna motor, dia kata ‘boleh tu boleh’ sekali zasssss kena sagat kereta dia rakan-rakan.

“Pernah dan selalu kena. Park depan rumah, bulan puasa, sampai terpaksa berbuka dekat luar, balik nak solat masih ada lagi. Dah call, dah mesej adik dia suruh alihkan. Buat bodoh lepas tu keluar bising-bising. Akhirat esok kau tanggung,” demikian antara komen netizen.

sumber: mstar

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri. Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri. Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.