Zaman sekarang semua lebih mementingkan duit berbanding cinta atau pasangan hingga sanggup melakukan perkara tidak terjangka dek akal.
Ada suami isteri berpisah kerana salah seorang pasangan sakit, ada juga yang bercerai selepas pasangan sudah bersusah payah menjaga mereka ketika sakit.
Bagi kes kali ini seorang pengguna TikTok, @abambeel memuat naik kisah seorang lelaki yang ditinggalkan isteri dek kerana sakit.
Lebih menyedihkan individu tersebut mendakwa isteri kepada lelaki tersebut juga mahu menuntut wang insurans tapi menolak untuk menjaganya.
“Semoga dipermudahkan urusan Amir Haikal, tak apa, Allah itu Maha Adil. Masa Amir sihat, kami saksi yang kamu dah buat terbaik untuk rumah tangga.
“Maafkan abang sebab muat naik hantaran ini sebab abang dah banyak bersabar, semoga Amir sihat seperti sediakala,” ujarnya di TikTok.
@abambeel Semoga dipermudahkan urusan Amir haikal, xpe lah amir Allah tu maha adil,masa amir sihat kami saksi amir dah buat terbaik untuk rumah tangga amir, amir mewahkan isteri amir, amir beri segalanya apa yg dia nak,tapi dia cuma pandang duit amir dia x pandang usaha amir, sampai insurance kemalangan amir pun dia nak kebas semua x tinggal pun untuk amir,dia x jaga amir pun bila sakit,sampai susu pun dia x bg kat amir, maafkan abg sb post ni sb abg dah banyak bersabar, semoga amir sihat seperti sediakala Aminn🤲🏼
Rata-rata warganet bersetuju kes ini bukanlah pertama kali berlaku dan susah untuk mencari pasangan yang setia ketika kesukaran hidup melanda.
“Di sini tak kiralah suami atau isteri, setia itu mahal, Bila dapat maka hargailah, saya doakan Amir sabar dengan ujian Allah.
“Ada satu kes jaga suami sakit ,daripada teruk yang amat sampai sihat sekarang ,saya tengok paling kuat dan tabah tapi jodoh mereka tak panjang.
“Besar ujian buat kau Amir. Terakhir jumpa masa majlis kahwin kau dan isteri. Semoga kau terus kuat hadapi semua ujian ini. Moga semuanya baik-baik sahaja,” antara komen warganet.
Leave a Reply