Hajat Ziarah Ibu Tak Kesampaian, Khai Bahar KemaIangan BMW Langgar Tayar L0ri

Penyanyi Khai Bahar berdepan det1k cem4s apabila kenderaan jenis BMW miliknya terl4nggar sebiji tayar lori yang tiba-tiba muncul ketika sedang perjalanan pulang ke kampung halamannya di Perlis pada pagi Selasa.

Khai atau Muhammad Khairul, 29, berkata, kej4dian tersebut berlaku kira-kira pukul 5 pagi ketika menggunakan Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE) menuju ke Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS).

“Ketika kej4dian saya memandu seorang diri sebelum tiba-tiba saya terl4nggar sebiji tayar lori yang berada di tengah jalan menyebabkan saya gagal mengelak.

Khai terlibat dalam kem4langan semasa perjalanan pulang ke kampung.

“Alhamdulillah mujur ketika itu tidak banyak kenderaan lain dan saya tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya ketika dihubungi mStar.

Berkongsi lanjut mengenai ins1den itu, Khai berkata, BMW berwarna putih miliknya itu juga sudah dibawa ke bengkel untuk dibaiki malah sudah membuat laporan polis berhubung kej4dian tersebut.

“Saya pun tak pasti lagi keadaan kereta macam mana… tetapi nampak macam rosak sikit sahaja dibahagian bawah depan kereta. Sekarang kereta pun sudah ada dibengkel.

“Sementara menanti kereta siap, terpaksa cari cara lain untuk pulang ke kampung,” jelasnya.

Dalam pada itu, Khai menjelaskan dia pulang ke Perlis kerana ingin menziarahi ibunya yang kurang sihat selain membawanya ke h0spital untuk menjalani pemeriksaan kesihatan.

“Saya kerap balik ini pun sebab selagi ada kesempatan untuk berbakti kepada ibu, saya akan buat.

Khai usaha cara lain untuk pulang melawat ibu.

“Kereta rosak bukan masalah, Insya Allah ada cara lain dan akan cuba balik dalam masa terdekat,” katanya.

Sebelum ini, Khai berkongsi di IG Story miliknya yang memaklumkan dirinya terlibat dalam kem4langan semasa dalam perjalanan pulang memujuk ibunya ke h0spital.

sumber: Mstar

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri. Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri. Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.