Harga macam Axia! Isteri terharu suami belanja stroller bayi RM23,000

Seorang wanita meluahkan rasa terharu apabila suaminya membelanjakan kira-kira RM23,000 untuk membeli stroller bayi daripada sebuah butik jenama terkenal di Pavilion Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Difahamkan, Afini Safien yang dipercayai sedang hamil anak ketiga menyifatkan ia adalah rezeki bayi dalam kandungan sekali gus mengucapkan terima kasih kepada suami tercinta, Faizal Muhamad.

@afinisafien

Tq Suami. 23k melayang untuk kereta baby sampai termimpi mimpi meme kena beli 🥴 nanti kempunan pulok katanya suami. Alhamdulillah rezeki baby. Suami kata kalu beli stroller 23k ni kena beranak lagi 3 tahun akan datang. Bukan dia stroller mahal mahal. Tq hubby @Faizalmuhamad

♬ bunyi asal – Afini Safien – Afini Safien

“Terima kasih suami. RM23,000 melayang untuk kereta baby sampai termimpi mimpi memang kena beli. Nanti kempunan pulok katanya suami.

“Alhamdulillah rezeki baby. Suami kata kalau beli stroller ni kena beranak lagi tiga tahun akan datang,” tulisnya yang juga usahawan produk kesihatan.

Afini berkongsi perkara tersebut menerusi satu hantaran video di aplikasi TikTok memaparkan dia dan suami melakukan ‘unboxing’ stroller berkenaan selepas melakukan tempahan sejak awal Raya Aidiladha lalu.

@afinisafien

Misi pau laki agak agak berjaya ke tak ni? Nabteatox kalu dah kering keding tak perlu nak minum ok. Aku cuba letak kuning kalu ada rezeki orang la.

♬ bunyi asal – Afini Safien – Afini Safien

Rakaman itu meraih 486,400 tontonan dan 13,500 tanda suka serta lebih 1,400 komen netizen yang rata-rata hanya mampu menelan air liur berhubung nilai stroller tersebut yang disamakan dengan kereta Perodua Axia E berharga ‘rahmah’.

Walau bagaimanapun, segelintir individu tetap tumpang gembira atas kemampuan pasangan itu bagi memiliki barangan berjenama mewah.

Sama harga Axia ‘rahmah’

Trend ke beli stroller beribu ringgit?

Nak beli minyak wangi jenama sama pun tak mampu

Sumber: TikTok @afinisafien

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri. Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*