Pelakon, Norman Hakim menerima tempias kecaman netizen selepas tular dakwaan mengatakan anaknya, Marissa Dania sudah bernikah di Thailand dengan suami orang.
Ruangan komen perkongsian terbaru Norman dihujani dengan komen netizen yang tak berpuas hati dengan tindakan anaknya itu.
Ada yang menyindir Norman tertanya-tanya di mana Marissa yang tak kelihatan di dalam video yang dimuat naik. Tak kurang juga yang mengaitkan apa yang terjadi sebagai karma di atas perbuatannya dulu.
Namun, ada juga netizen yang memberikan kata-kata semangat dan tumpang bersimpati dengan ujian hebat melanda keluarga pelakon ini.
Netizen meluahkan rasa sedih apabila anak yang ditatang bagai minyak yang penuh dan diberi pendidikan sempurna sanggup membelakangkan keluarga sendiri.
sumber: om
Leave a Reply