“Bukan sbb cemburu, jgn sesiapa tertipu.. sebenarnya dia..” Kebenaran Menjelma, Kakak Dedah Bukti Adik Dibnuh Gara2

Keluarga Mila Sharmila Samsusah atau Bella 32, merasakan kehilangan wanita tersebut tidak ada kaitan dengan sebarang motif cemburu.

Menurut abang iparnya, Mohd Fairuzizan Yusak, 39, berdasarkan pengetahuannya, Bella tidak mempunyai musuh atau pernah bermusuh dengan sesiapa.

“Bella ni rapat dengan kakaknya, Ayu atau Norhisham tapi daripada apa yang saya tahu dia (Bella), memang tak ada musuh dan tak ada sesiapa yang memusuhi dia.

“Malah, saya juga difahamkan, tempoh dia berkawan dengan teman lelakinya juga masih baru, dalam enam bulan macam tu..masih barulah.

“Sebab itulah saya katakan bahawa kehilangan dia bukannya sebab cemburu,” katanya kepada Sinar Harian.

Mohd Fairuzizan berkata demikian bagi mengulas mengenai kemungkinan kehilangan Bella bermotifkan cemburu.

Terdahulu, Bella dilaporkan hilang sejak 14 Disember lalu sejak keluar dari rumah dipercayai untuk ke kedai dobi berhampiran; bagaimanapun, wanita berkenaan tidak pulang ke rumah sehingga ke hari ini.

Jumaat lalu, polis menemui rangka manusia tidak sempurna di sebuah rumah terbiar di Kampung Batu 7, Tongkang Pechah, Batu Pahat.

Sampel patologi hasil bedah siasat di Hospital Sultan Ismail (HSI) juga telah diserahkan kepada Jabatan Kimia bagi tujan padanan DNA termasuk sampel sampel DNA yang turut diambil daripada ibu dan kakak Bella.

Sementara itu, Fairuzizan berharap agar keputusan DNA tersebut dapat segera diketahui bagi merungkai misteri kehilangan adik iparnya itu.

“Saya sangat berharap agar segala keputusan daripada Jabatan Kimia dapat diketahui dengan segera kerana seluruh keluarga sedang menantikan keputusan tersebut,” katanya.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri. Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*