“Sedih tngok anak..lagi2 dia mngndung skrg..”- Ibu kandung dedah ini brlaku dgn Zahirah slps diserang Fathia Latif.

SELEPAS wajah Zahirah MacWilson disamakan dengan bibik, ibu kepada aktres itu iaitu Maslinda Yusoff meluahkan rasa sedih atas penghinaan yang diberikan terhadap anaknya itu.

Kata Maslinda, kenyataan pelakon Fathia Latiff itu merupakan satu bentuk penghinaan dan fitnah bertujuan memburukkan anaknya serta menantu iaitu Aiman Hakim Ridza.

Tampil memberikan sokongan kepada anak dan menantunya, Maslinda berharap kedua-dua mereka bersabar berdepan ujian ini.

“Semua ini ujian dari Allah. Bersabarlah Zahirah dan Aiman. Sedih betul mama dengar bila orang menghina, mengeji, buruk-burukkan anak dan menantu mama.

Wajah Zahirah disamakan seperti pembantu rumah.

“Semuanya fitnah semata-mata. Lagi kakak (Zahirah) tengah mengandung sekarang. Jangan sedih okay. Mama dan ayah sentiasa ada disisi kamu… Kami sangat sayang kakak,” katanya.

Maslinda berkongsi perkara itu menerusi satu hantaran yang dimuat naik di Instagram pada Selasa.

Dalam pada itu, Maslinda turut memuji Zahirah bukan sahaja memiliki kecantikan luar dan dalam namun pelakon itu juga merupakan seorang anak, ibu dan isteri yang baik serta penyayang.

“Awak (Zahirah) mempunyai kecantikan dari luar dan dalam. Seorang anak, ibu dan isteri yang penyayang. Saya sayang awak,” ujarnya.

Sebelum itu, Maslinda juga dilihat meninggalkan komen di sebuah portal hiburan menyifatkan dakwaan dibuat oleh Fathia adalah satu fitnah.

Kata Maslinda, dia reda dengan kenyataan itu dan mengingatkan tentang dosa besar jika menyebarkan cerita tidak benar.

“Ya Allah, sabar sajalah. Dosa besar menabur fitnah ini,” tulisnya.

Ibu Zahirah meluahkan rasa sedih apabila anaknya dihina dan difitnah.

Isu ini menjadi bualan hangat netizen selepas Fathia tampil dalam sebuah video menyamakan wajah Zahirah seperti bibik atau pembantu rumah.

Fathia dipercayai berkongsi perkara itu ketika membalas komen netizen yang memberitahu Zahirah lebih cantik berbanding dirinya menerusi sesi siaran langsung di TikTok.

Pelakon drama Ariana Rose itu turut mendakwa bibir aktres berkenaan dipercayai hasil daripada pembedahan plastik dan bukannya asli.

Malah Fathia memberitahu dia bersyukur kerana tidak bersama pelakon Aiman Hakim Ridza sebaliknya bekas teman lelakinya itu berkahwin dengan Zahirah.

Zahirah dan Aiman hangat diperkatakan di media sosial.

Untuk rekod, Aiman dan Zahirah mendirikan rumah tangga pada 20 Februari 2020 dan dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Isaac Raees yang kini berusia dua tahun.

Pasangan ini juga bakal menimang cahaya mata kedua selepas memaklumkan berita gembira itu di Instagram pada pertengahan Disember lalu.

Sebelum ini, Aiman dan Fathia pernah menjalinkan hubungan cinta selama dua tahun namun mereka berpisah pada 2015.

Bagaimanapun setahun selepas berpisah, Fathia pernah memberitahu hubungannya dengan Aiman kembali pulih sebagai kawan bagi memenuhi tuntutan agama Islam yang melarang memutuskan silaturahim sesama manusia.

sumber: mstar

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri. Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*