Lpas pulang ziarah ibu, Tiba2 anak arwh siti sarah menangis rupanya Talita dedah kisah ni

DUA tahun pemergian penyanyi Siti Sarah

Raisuddin sudah pasti sangat dirindui oleh tiga orang anakya iaitu Uwais Alqarni, Dzahira Talita Zahra dan Ariq Matin. Terbaharu, anak-anak Allahyarham mengimbau kembali kenangan bersama ibu mereka bersempena ulang tahun Siti Sarah yang jatuh pada Jumaat.

Anak sulungnya, Uwais, 11, memberitahu kenangan paling dingati apabila mereka membeli makanan bersama selepas selesai bersenam di kawasan perumahan mereka. Manakala Talita, 9, pula mengimbau kenangan keluar bersama ibu dan Matin, 6, pula terkenang Allahyarham Siti Sarah menyuapkan makanan kepadanya.

“Joging dengan ibu… Masa itu dekat kawasan rumah kami joging sampai dekat hujung kita singgah beli nasi lemak. “Masa ibu nak suap Matin… Ibu buat bulat-bulat (kepalkan nasi) baru dia kasi” luah anak Allahyarham. Perkara itu dikongsi tiga beradik it menerusi sebuah video.

Menerusi video tersebut, Talita dilihat mengalirkan air mata apabila berkongsi cerita mengenai ibunya. Dalam pada itu, Matin dan Talita turut berpesan agar orang ramai menyayangi dan menghormati ibu mereka selagi mereka mash ada. “Kena hargai ibu… Dengar cakap ibu, kena sayang ibu. Awak kena doa mak awak yang sudah tidak ada, ayah awak yang sudah tak ada. Kena doakan,” pesan Matin.

“Jangan sedih sebab ibu sudah dekat syurga…Kalau rindu dekat ibu, baca al-Fatihah banyak-banyak buatnya. “Ada orang yang tiada ibu bapa lagi kesian. Siapa yang ada ibu itu bersyukurlah. Jangan melawan, ada ramai orang yang tiada ibu sebab sudah meninggal dunia,” kongsinya.

Sumber : mstar

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri. Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.

*