Lps heboh komen minta Abby balas mesej di Whatsapp, ‘teguran’ terbaru Marissa di IG jdi perhatian netizen.

Pempengaruh media sosial, Marissa Dania meminta orang ramai berhenti membuat spekulasi tidak benar sehingga boleh mengundang fitnah.

Jaga percakapan

Menerusi hantaran di Instagram Story, Marissa berpesan untuk menjaga tutur kata dan percakapan.

Berhenti sebarkan khabar angin yang boleh membawa kepada fitnah dengan kata-kata dan andaian yang tidak tepat.

Dalam hantaran sama, anak kepada pelakon Abby Abadi ini turut menyentuh mengenai aib seseorang yang masih dipelihara Allah.

Berjaga-jaga dengan apa yang dikata dan difikirkan. Bersyukurlah aib kita masih Allah jaga.

Terdahulu, media melaporkan bayi sulung kepada Marissa telah meninggal dunia sewaktu dilahirkan dalam keadaan pra matang.

Difahamkan, Marissa yang sedang hamil enam bulan terpaksa dikejarkan ke hospital minggu lalu selepas mengadu sakit perut.

Sementara itu, suami kepada Marissa, Ahmad Aslam mengesahkan berita tersebut dan meminta orang ramai mendoakan isterinya kembali sihat.

Sumber: Instagram

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*