Shakilla Khoriri nafi lentok kepala di dada suami org, Ini pula pengakuan Idzham Ismail.

“Orang itu bukan saya. Mungkin sebab nampak persamaan dari segi bentuk wajah, tinggi dan badan disebabkan mukanya dikaburkan.

“Ada beberapa video yang dimuat naik di sosial media kaitkan nama saya. Jadi lebih baik saya jernihkan keadaan dan beritahu individu itu bukan saya,” katanya kepada mStar.

Idzham Ismail turut berkongsi luahan sama dalam beberapa hantaran di Insta Story miliknya pada Sabtu.

Tambah Idzham dia pada awalnya hanya mengabaikan gosip tersebut, namun terpaksa tampil memberi penjelasan selepas ramai yang mula bertanya kebenarannya.

“Pada mulanya saya memang abaikan sahaja, namun apabila ramai yang mula tag nama saya, jadi rasanya ia semakin serius.

“Bukan itu sahaja, ada juga yang bertanya apabila berjumpa,” ujarnya.

Kata Idzham lagi, gosip yang timbul itu sedikit pun tidak memberi kesan terhadap rumah tangganya bersama isteri iaitu Siti Nur Nabilah Shamsudin.

Malah wanita itu juga sering mengingatkan Idzham supaya tidak ambil pusing dengan cerita tidak betul sebegitu dan lebih memberi fokus kepada kerjaya.

“Saya sibuk dengan penggambaran dan habis kerja selalunya balik rumah. Kalau ada masa saya akan buat aktiviti berkuda. Jadi isteri tahu apa yang saya lakukan.

“Dia pun nasihatkan saya supaya tidak ambil serius tentang hal ini. Cuma perlulah betulkan keadaan supaya tidak berlarutan,” jelasnya.

Sumber : Mstar

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri. Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.

*