Ikut Solat Subuh, Ibu Maryam Bawa Balik Telekung Ke Korea Untuk Belajar Solat

Nama Durian Kimchi sudah tidak asing lagi dalam kalangan warganet. Umum mengetahui ia adalah gabungan nama pasangan influencer media sosial popular Ryzal Ibrahim dari Malaysia yang berkahwin dengan wanita berasal dari Korea iaitu Maryam Younarae.

Hari terakhir ibu di Malaysia

Satu perkongsian menerusi akaun instagram Maryam malam tadi bersama ibunya telah meraih perhatian ramai. Menurut wanita berusia 31 tahun itu, hari tersebut merupakan hari terakhir dia bersama ibunya di Malaysia. Ibu Maryam datang ke Malaysia untuk melawat Maryam dan juga cucunya, Rina.

3 tahun berjauhan dengan Ibu

Menurut Maryam lagi, dia telah tinggal di Malaysia sejak 3 tahun lalu dan berjauhan dari keluarganya. Kehadiran ibu yang dipanggil ‘omma’ ke Malaysia memberikan peluang kepadanya untuk menunjukkan kasih sayang antara ibu dan juga anak. Seperti mana Maryam sayangkan anaknya Rina, begitu jugalah dengan ibu Maryam.

Ibu ikut solat subuh dan bawa pulang telekung ke Korea

Pada akhir perkongsian tersebut, pengusaha restoran ini juga, dia telah membawa ibunya untuk solat subuh di masjid. Tambahnya lagi, Ibu Maryam akan belajar cara bersolat secara perlahan-lahan apabila pulang ke Korea nanti. Ibunya juga diakatakan akan membawa pulang telekung kepunyaan Maryam. Dia juga ada meminta semua untuk mendoakan ibunya itu.

sumber: kisahdunia

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*