“Kesan terbak4r xde la teruk , tapi keadaan anak saya mukanya hancur disebabkan bekas ketukan” – Bapa Noradriana

Suasana penuh emosi menyelubungi Unit Forensik Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) di sini, ketika bapa kanak-kanak berusia 11 tahun yang maut dalam kebakaran di Kampung Paya Redah di Pagoh awal pagi tadi, tiba untuk melihat jenazah mangsa.

Bapa mangsa yang ingin dikenali sebagai Nor Hisyam dilihat tiba di perkarangan hospital jam 5.50 petang sebelum bergegas ke bilik forensik.

Ketibaan Noor Hisyam dipenuhi suasana emosi bercampur sedih sebelum dia ditenteramkan ahli keluarga yang turut sama berada di Unit Forensik.

Difahamkan, ketika kejadian Nor Hisyam yang memandu van rempah ratus dalam perjalanan dari Kelantan kerana menghantar pesanan dan bergegas pulang ke Muar sebaik menerima maklumat mengenai kejadian menimpa anaknya itu.

Allahyarham Noradriana antara tiga yang maut dalam kejadian itu kira-kira jam 1.30 pagi itu, selain neneknya, Ara Abdul Hamid, 76 dan datuk, Mohamed Nor Mohamed Yassin, 82.

Ketika ini, kebanyakan ahli keluarga ketiga-tiga mangsa berkumpul di perkarangan Unit Forensik bagi mendapat perkembangan terkini mengenai proses bedah siasat.

Menurut salah seorang ahli keluarga mangsa, proses bedah siasat Noradriana sedang dijalankan.

“Kami akan cuba selesaikan (kebumi) malam ini jika diizinkan. Namun semuanya bergantung kepada proses bedah siasat yang dijalankan,” katanya.

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*