Pakar geologi memberi amaran terdapat enam lokasi di sekitar ibu kota Kuala Lumpur yang mempunyai risiko lebih besar untuk mengalami fenomena lubang benam berbanding insiden serupa di Jalan Masjid India, minggu lalu. Enam kawasan dikategorikan berisiko ‘tinggi’ dan ‘sangat tinggi..
Kejadian lubang benam (sinkhole) berhampiran Masjid India baru-baru ini, yang dipercayai terdapat seorang mangsa warga India terjatuh ke dalamnya, begitu menyayat hati.
Ia secara tidak langsung, membuka ruang kepada Public Health Malaysia berkongsikan satu kajian yang dibuat pada 2017 untuk mengenal pasti beberapa lokasi berisiko rendah hingga sangat tinggi pembentukan sinkhole di Kuala Lumpur dan Ampang Jaya.
LUBANG BENAM: LOKASI YANG BERISIKO
Kajian “Sinkhole Susceptibility Hazard Zones Using GIS and Analytical Hierarchical Process (AHP): A Case Study of Kuala Lumpur and Ampang Jaya” oleh Rosdi et al. (2017)
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti kawasan yang berisiko tinggi terhadap pembentukan sinkhole, yang boleh memberi implikasi serius terhadap pembangunan infrastruktur dan keselamatan awam.
Kajian ini menggunakan gabungan teknologi GIS dan AHP untuk menghasilkan peta risiko yang boleh membantu dalam perancangan bandar dan mitigasi bencana.
Lima parameter utama yang digunakan dalam kajian ini termasuk jenis batuan, penggunaan tanah, kedalaman air bawah tanah dan lain-lain, adalah faktor penting dalam perkembangan sinkhole.
Lokasi kejadian ‘sinkhole’ sebelum ini:
-Ampang
-Pudu
-Kepong
-Kg. Baru
Lokasi dengan Risiko Rendah (Low Risk):
-TTDI
-Bukit Jalil
-Sg. Besi
Lokasi dengan Risiko Tinggi (High Risk):
-Pudu
-Cheras
-KLCC
Lokasi dengan Risiko Sangat Tinggi (Very High Risk):
-Kepong
-Kg. Baru
-Ampang
-Pandan Jaya
Kajian ini juga menyarankan agar teknologi ini diterapkan secara meluas dalam perancangan bandar dan pengurusan risiko bencana untuk mengurangkan kesan negatif terhadap infrastruktur dan keselamatan awam.
“Penemuan kajian ini lebih kepada usaha proaktif untuk meningkatkan keselamatan dan kesedaran, BUKAN untuk mencetuskan ketakutan.
“Dengan mengenal pasti kawasan-kawasan yang berisiko tinggi terhadap kejadian sinkhole, pihak berkuasa dan masyarakat boleh mengambil langkah berjaga-jaga yang diperlukan untuk mengurangkan risiko dan melindungi keselamatan awam serta infrastruktur,” tambah PHM di ruangan komennya.
Sumber: Public Health Malaysia
Kredit: Public Health Malaysia / Ihsan JBPM
Leave a Reply