TULAR rakaman video menyaksikan penyanyi Hafiz Suip dilihat bergaduh dengan seorang lelaki di sebuah jalan raya pada petang Jumaat.
Tampil menjelaskan hal sebenar, seorang lelaki yang dipercayai kenalan kepada Hafiz iaitu Uthman Daud memberitahu kejadian itu berlaku disebabkan provokasi.
“Ketika dalam perjalanan, ada sebuah kenderaan yang mencucuk dari belakang. Maka provokasi pun berlaku dari kedua belah pihak. Kemuncaknya adalah pabila pemandu tersebut mula blok dan berhentikan kereta kami, kedua-dua tengah dalam kemuncak marah dan keluar dari kereta.
Seorang saksi terlibat tampil memberi penjelasan.
“Tiba-tiba pemandu tersebut semburkan muka Hafiz dengan pepper spray.
“Saya cuba leraikan keadaan, tetapi pemandu tersebut masih meluru ke arah Hafiz.
“Saya juga disiku dan disembur dengan pepper spray sehingga saya sesak nafas, jadi saya sendiri pun melepaskan tumbukan selepas melihat dia terlalu agresif,” katanya.
Kejadian itu dipercayai berlaku di sebuah lokasi di Sarawak.
Lelaki itu turut mendakwa dia mengalami cedera akibat insiden berkenaan dan laporan polis telah dibuat.
“Selepas itu kami ke balai polis membuat laporan dan sekarang mash di hospital untuk menerima rawatan kerana kulit masih pedih hingga kini,” ujarnya.
Rakaman tular itu dirakam oleh orang awam yang kebetulan berada di tempat kejadian.
Dalam video berkenaan perakam juga pada awalnya tidak menyangka individu terlibat adalah Hafiz.
Leave a Reply