“Da’i Syed bernasib malang” – Peguam Dakwa Pendakwah Selebriti Tak Dapat Perbicaraan Adil?

Peguam serta aktivis Asiah Abd Jalil merasakan hukuman yang dikenakan kepada pendakwah Syed Shah Iqmal atau lebih dikenali sebagai Da’i Syed tidak mendapat perbicaraan yang adil.

Hukuman penjara 10 tahun serta 3 sebatan yang dikenakan itu susulan pertuduhan mer0g0l seorang wanita di sebuah kondominium, lima tahun lalu.

Dalam hantaran yang dibuat oleh peguam itu di Facebook, dia berpendapat k3s tersebut bukanlah k3s r0g0l sebaliknya ia adalah k3s z1na.

“Menghukum seorang lelaki kerana berzina suka sama suka, di bawah undang-undang jn4yah s1vil, ia adalah salah.

Sepatutnya kedua-dua lelaki dan perempuan hendaklah sama-sama dihukum di bawah undang-undang jn4yah syariah.

Zina bukan r0g0l. Tidak adil hanya lelaki dihukum, kerana masyarakat cenderung untuk merasa simpati kepada wanita,” tulisnya.

Peguam itu juga berkata setiap orang mempunyai hak mendapat tiga kali peringkat mahkamah iaitu mahkamah bicara, rayuan serta rayuan kedua.

Malah, Asiah berkata dia berasa Da’i Syed bernasib malang kerana terlibat dengan orang yang salah dan jika pendakwah selebriti itu tidak menolak cinta ‘mangsa’ itu mungkin tiada k3s r0g0l seperti ini.

Sumber: FB

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*