Akhirnya kematian Anak terbela.. Bakal didakwa esok.. Ini hukuman berat menunggu Polis Baran..

Pegawai kanan polis yang terlibat dalam insiden kematian seorang pelajar 17 tahun akibat dilanggar dan diseret kereta di Jalan Taman Jati, Meru, didakwa di Mahkamah Majistret Ipoh pada Isnin atas tuduhan membunuh.

Tertuduh, Mohd Nazri Abdul Razak, 44, yang memakai pakaian yang digunakan pada hari kejadian iaitu kemeja T yang berwarna puteh dan berseluar hitam, mengangguk faham selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret S. Punitha.

Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan kerana kes bunuh di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Mengikut pertuduhan, pegawai berpangkat Deputi Superintendan Polis (DSP) itu didakwa telah melakukan bunuh dengan menyebabkan kematian terhadap Muhammad Zaharif Affendi Muhd Zamrie, 17.

Dia didakwa melakukan perbuatan itu di Jalan Taman Jati 1, berhampiran Sekolah Menengah Kebangsaan Jati, Ipoh, antara jam 12.05 tengah hari hingga jam 12.40 tengah hari, 15 Disember lalu.

Pendakwaan dilakukan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara antara 30 hingga 40 tahun.
Dan jika dijatuhi hukuman mati, hendaklah juga disebat tidak kurang 12 sebatan.

Pendakwaan dikendalikan lapan Timbalan Pendakwa Raya yang diketuai Azlina Rasdi manakala tertuduh diwakili peguam Jacky Loi.

Tujuh orang Timbalan Pendakwa Raya lagi ialah Khairul Azreem Mamat, Wan Azimah Yaacob, Afzainizam Abdul Aziz, Saiful Akmal Mod Said, Nasrul Hadi Abdul Ghani, Geetha AP Jora Singh dan Low Qin Hui.

Mahkamah menetapkan 7 Februari 2024 sebagai tarikh sebutan semula kes sementara menunggu laporan-laporan berkaitan seperti laporan kimia.
Prosiding bermula jam 9 pagi hanya mengambil masa lima minit dan tiada jaminan ditawarkan.

Tertuduh kemudiannya dibawa keluar dari kawasan mahkamah dengan menaiki kereta polis, kira-kira jam 9.30 pagi.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri. Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*