Netizen pelik ada berita aisyah hijannah fail cerai tapi video terbaru dengan alif teega

KETIKA kisah pergolakan rumah tangganya menjadi bualan hangat netizen, personaliti media sosial yang juga usahawan Aisyah Hijanah dilihat masih berkongsi foto bersama suaminya iaitu Alif Teega.

Seolah-olah memberi bayangan hubungan mereka masih baik, Aisyah atau Aisyah Hijanah Azhari, 26, bagaimana memilih untuk tidak mengulas lanjut mengenai perkongsiannya di laman Instagram itu.

Malah ketika dihubungi mStar, Aisyah seperti mahu mengelak menjawab mengenai status hubungannya dengan Alif dengan memberikan alasan sedang makan dan memandu.

Aisyah berkongsi gambar tersebut menerusi hantaran di InstaStory.

“Saya tak mahu komen. Saya sedang makan.

“Line pun tak jelas ni, tengah memandu. Nanti hubungi semula,” katanya.

Usaha mStar mendapatkan kenyataan Aisyah bagaimanapun tidak berjaya apabila dia gagal untuk dihubungi semula.

Awal September lalu, Aisyah mendedahkan dia telah memfailkan cerai terhadap Alif di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, Selangor pada Ogos lalu.

Dia bagaimanapun enggan berkongsi lanjut punca berbuat demikian.

Untuk rekod, Aisyah dan Alif mendirikan rumah tangga pada 25 November 2017.

Pasangan ini memiliki tiga orang cahaya mata.

Sementara itu Alif pula berkahwin kali kedua dengan Fatin Umaidah di Thailand ketika Aisyah sedng sarat mengandung anak ketiga.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*