Bekas isteri pertama pelakon dan pengarah sensasi Syamsul Yusof iaitu Puteri Sarah Liyana enggan mengulas lanjut bekenaan dengan berita penceraian antara Syamsul dan isterinya, Ira Kazar. Tegasnya, dia tak berada di posisi untuk cakap lebih pasal hal tersebut kerana ia bukan melibatkan dirinya.
“Saya baru balik Singapura berniaga di sana. Beginilah, kalau boleh saya tak nak beri komen apa-apa sebab apa yang berlaku bukan melibatkan saya pun dan bukan urusan saya.”
“Saya tak mahu cakap lebih-lebih, nanti orang cakap apa pula dan saya pun dah ada kehidupan sendiri. Dah bahagia dengan cara sendiri. Apa yang saya boleh cakap, semoga urusan mereka dipermudahkan. Itu sahaja.”
Semalam, satu berita tergempar muncul tentang perceraian Syamsul atau nama sebenarnya, Mohd. Syamsul Mohd. Yusof, 40, dengan Ira Kazar atau nama sebenar Faghirah Fatini Kazaruddin.
Syamsul dan Ira berkahwin pada 6 Januari tahun lalu di Selatan Thailand. Ia disahkan sendiri oleh Syamsul menerusi sebuah video menerusi Instagram miliknya.
Susulan itu, Puteri Sarah yang pada ketika itu sebagai isteri pertama Syamsul nekad memfailkan penceraian sebelum disahkan bercerai pada 14 Jun tahun lalu.
Sumber : Kosmo!
Leave a Reply