Seorang netizen dakwa pelakon Rita Rudaini terima nafkah anak RM3k sebulan untuk membesarkan dua anak teruna hasil perkahwinan bersama bekas suami yang juga pemain bola sepak, Mohd Aidil Zafuan Abdul Radzak.
Dakwa individu tersebut, Rita seharusnya bersyukur kerana bekas suaminya tidak pernah culas membayar nafkah sebanyak RM3,000 sebulan untuk membesarkan anak-anak.
“Walaupun dia (Aidil) tak berkesempatan jenguk anak, sekurang-kurangnya nafkah tak pernah terabai,”dakwa individu itu.
Terima nafkah anak RM3k sebulan?
Komen yang ditinggalkan individu berkenaan telah menarik perhatian aktres berusia 38 tahun itu untuk menjawab segala dakwaannya.
Rita mempersoal individu berkenaan sama ada bekas suaminya benar-benar tidak pernah culas memberi nafkah bulanan kepada dua orang anaknya selain memberitahu nilai tersebut bukan perkara yang membanggakan.
Maklum pelakon filem Mami Jarum itu, nilai nafkah yang diberikan oleh Aidil juga tidak mampu untuk membayar yuran sekolah anak-anak.
“Dapat guna duit besarkan anak? Nak bayar yuran sekolah anak aku pun tak lepas. Makan taik banyak sangat baka korang ni,”bidas Rita Rudaini.
Dedah Rita, peguamnya juga pernah mengajukan soalan sama ada dia mahu mengemukakan tuntutan baharu terhadap bekas suami memandangkan anak-anaknya semakin membesar.
Namun, aktres kelahiran Perlis itu enggan berbuat demikian dan mahu menuntut segalanya di akhirat kelak.
Takkan tinggal anak-anak, susah senang bersama
Sementara itu, Rita turut meluahkan rasa sayang dan tidak akan meninggalkan anak-anaknya iaitu Airit Rayyan Rizqin, 15, dan Airit Qaqa Arjuna, 13 tahun.
“Kalah atau menang ,berjaya atau tidak,buruk atau baik..kami selalu ada untukmu Ryan dan Arjuna…
“Susah atau senang,mommy selalu ada untukmu anak-anak. Ada masalah atau tidak, jangan risau. Mommy takkan cabut lari. Mommy akan tetap ada hingga ke akhir hayar Mommy. Itu janji Mommy pada Allah,”tulisnya.
Terdahulu, Rita atau nama lengkapnya Rita Rudaini Mokhta mempersoal tindakan sebuah portal mengaitkan kejayaan anak sulung engan bekas suami.
Sumber: Instagram ritrud727
Leave a Reply