“Ini kasih sayang Allah kepada saya” – Ismahalil menangis, sujud syukur terlepas hukuman gantvng

BEKAS penyampai radio (DJ), Ismahalil Hamzah menangis dan melakukan sujud syukur sejurus Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Isnin membebaskan dan melepaskannya daripada pertuduhan mengedar d4dah jenis kan4bis dua tahun lalu.

Ismahalil, 50, berkata dia yakin keputusan mahkamah ini adalah berkat daripada usaha serta doa keluarga serta rakan-rakan.

“Allah saja yang tahu perasaan saya sekarang ni tak boleh nak gambarkan.

Keluarga hadir beri sokongan.

“Saya yakin dengan kebebasan ini adalah kasih sayang Allah pada saya, usaha dan berkat doa keluarga serta rakan-rakan pada saya,” kata Ismahalil kepada pemberita.

Sementara itu, peguam mewakili Ismahalil iaitu Datuk Ahmad Zaharil Muhaiyar ketika ditemui berkata dengan kemenangan ini dia berjaya menunaikan janji untuk membawa pulang bekas DJ radio tu.

“Alhamdulilah akhirnya Ismahalil dibebaskan daripada pertuduhan tersebut dan akhirnya saya berjaya mengotakan janji untuk membawa pulang dia kepada keluarga,” katanya prosiding.

Terdahulu, Hakim Datuk Muhammad Jamil Hussin melepaskan dan membebaskan pengasas `Bapakku FM’ itu selepas pihak pembelaan berjaya menimbulkan keraguan munasabah diakhir k3s pembelaannya.

Ismahalil sebak akhirnya beb4s hukvman gantvng.

Untuk rekod, Ismahalil mengaku tidak bersalah atas d4kwaan menged4r d4dah jenis kan4bis seberat 374.6 gram di sebuah rumah di Jalan Semarak, Wangsa Maju, Kuala Lumpur pada 5.35 petang, 27 Ogos 2021.

Dia ditudvh mengikut Seksyen 39B (1)(A) Akta Dad4h Berbahaya 1952 dan boleh dihvkum di bawah Seksyen 39B(2) akta sama yang memperuntukkan hukvman m4ti, jika sabit kesalahan.

sumber: Mstar

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*