Ini Kata-Kata Dari Dua Anak Shuib Buat Ayahnya Dan Ibu Baru Buat Ramai Tersentuh

Kuala Lumpur – Hampir dua tahun menduda, pelawak dan penyampai radio, Shuib, akhirnya selamat bernikah dengan pilihan hatinya, Watie Hanifiah pada majlis pernikahan di Putra Glass House, Putra Height, di sini, sebentar tadi.

Dengan sekali lafaz, pasangan itu sah bergelar suami isteri tepat pukul 8.48 malam, di hadapan 600 tetamu yang hadir.

Pasangan itu dinikahkan abang pengantin perempuan, Qadhaffi Hanifiah di hadapan
Penolong Pendaftar Pernikahan, Masjid Hidayatul Muttaqin, Kampung Bukit Lanchung, Zubairi Ghazali.

Pihak lelaki membawa lima dulang hantaran dan dibalas tujuh oleh pengantin perempuan.

Pada majlis itu, Watie atau nama lengkapnya, Fati Nikmatul Adawiyah Hanifiah menerima mas kahwin sebanyak RM 8,288.

Pesanan Dari Anak Shuib

Terdahulu, Shuib atau nama sebenarnya, Shahmira Muhamad memberitahu majlis pernikahannya mendapat penajaan mencecah RM 1.7 juta membabitkan penganjuran tiga majlis iaitu majlis khatam al-Quran, malam berinai dan akad nikah.

Majlis pernikahan itu akan disiarkan dalam siri mini terbaharu yang akan merakamkan detik manis dan perjalanan cinta pasangan itu berjudul Walimatulurus Shuib dan Watie.

Program tiga episod itu akan menemui penonton secara eksklusif bermula esok, pukul 9 malam di Astro Ria.

Shuib dan Watie mengikat tali pertunangan dalam majlis tertutup di kediaman usahawan itu di Shah Alam, 6 Mei lalu.

Pada April lalu, Shuib mengesahkan bakal memperisterikan Watie selepas hampir dua tahun bergelar duda. Shuib pernah mendirikan rumah tangga bersama penyanyi, Allahyarham Siti Sarah Raisuddin pada 2011.

Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 11, Dzahira Talita Zahra, 9, Ariq Matin, 6, dan Ayash Affan, 2

Kredit : Kosmo/IG

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri. Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri. Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.