“Bayangkan itu ayah kita..” Netizen sebak warga emas teruk dibel4sah sekumpulan lelaki gempal slps kemalangan

GEMPAR video pendek di laman X memaparkan seorang lelaki warga emas dikasari sekumpulan orang awam.

Dalam kejadian dipercayai di Semenyih, Selangor, warga emas itu dilihat keluar daripada keretanya yang baru terlibat dalam kemalangan sebelum disergah seorang individu.

Individu itu kemudiannya menumbuk pintu kereta sehingga mengenai warga emas terbabit.

Tidak lama selepas itu muncul pula seorang lelaki lain berbadan gempal lantas menumbuk muka pemandu kereta jenis Proton Saga berwarna merah berkenaan tanpa belas kasihan.

Dalam gambar lain yang dikepilkan, warga emas terbabit dilihat terduduk lemah di bahu jalan sambil dikerumuni orang ramai.

Orang awam mengerumuni lelaki warga emas terbabit.

Menurut maklumat awam, warga emas itu dipercayai terlibat dalam kemalangan selepas dia melanggar sebuah van sekolah membawa kanak-kanak sehingga menimbulkan reaksi melulu daripada orang sekeliling.

Menjengah ke ruangan ciapan balas, rata-rata warga maya menzahirkan rasa simpati dengan nasib warga emas tersebut dan meminta orang ramai untuk berfikiran rasional sebelum bertindak.

“Tolong la ada perikemanusiaan, orang tua je pun, benda dah nak jadi kemalangan. Bayangkan kalau ahli keluarga kita yang diperlakukan sebegini.

“Apa yang pakcik tu buat memang salah, tapi jangan la sampai dibelasah macam tu sekali. Mohon polis angkut semua pelaku yang dah buat pakcik tu macam tu.

“Tak kira marah macam mana sekalipun, kita tak ada hak nak pukul orang sesuka hati. Waktu tengah ramai-ramai semua nak tunjuk gagah perkasa rembat orang tua,” kata sebahagian warga maya.

Setakat ini belum ada maklumat lengkap mahupun kenyataan daripada pihak berkuasa susulan insiden terbabit.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri. Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*