Ini Kejutan Diterima Bell Ngasri Selepas Menang Bintang Popular ABPBH

Pelakon Bell Ngasri terkejut apabila terdapat seorang individu mahu menghadiahkan sebuah kereta dipercayai susulan kemenangannya sebagai Bintang Paling Popular di Anugerah Bintang Popular BH 35 (ABPBH 35).

Berita gembira itu dimaklumkan oleh individu tersebut yang melakukan panggilan ketika Bell atau nama sebenarnya Nasrizal Ngasri diundang ke konti radio Hot FM, pagi tadi.

Allahuakbar.. hilang kata-kata

“Saya berbesar hati ingin menghadiahkan Bell sebuah kereta,” kata pemanggil yang dikenali sebagai Encik Fendi itu sebelum disambut dengan sorakan riuh dalam konti.

Pengumuman tersebut turut membuatkan penyampai radio seperti Khairy Jamaluddin, Fara Fauzana, AG dan Johan meluahkan rasa teruja dan tumpang gembira.

Sebelum itu, KJ berseloroh mengatakan pelawak berusia 43 tahun itu kononnya ‘mengamuk’ kerana tidak menerima hadiah kereta daripada pihak penganjur ABPBH 35 selepas salah satu trofi dibawa mempunyai kesan kemek.

Trofi bengkok pula

Walau bagaimanapun, Bell berkata, dia tetap bersyukur dengan sebarang bentuk rezeki yang diterima apatah lagi mendapat pakej menunaikan umrah sempena kejayaan terbabit.

Terdahulu, segelintir netizen di media sosial mempersoalkan mengapa pemenang ABPBH 35 tidak diperuntukkan hadiah kereta seperti juara-juara sebelum ini.

Gambar hiasan

Jumaat lalu, Bell mencipta fenomena apabila diangkat sebagai Bintang Paling Popular dengan menewaskan pesaing hebat lain seperti Anna Jobling, Meerqeen, Aina Abdul dan Khai Bahar.

PETALING JAYA – Kejutan buat pelakon Bell Ngasri apabila bakal dihadiahkan kereta oleh sebuah syarikat sebagai penghargaan jasanya menghiburkan rakyat Malaysia.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri. Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*