Tak diajar angkat tangan pada wanita, Zul Ariffin hilang rasa hormat lelaki pukul perempuan

SELEPAS beberapa orang nama pelakon dipetik susulan kes pukul teman wanita pada Ahad lalu, kini giliran Zul Ariffin menyangkal terbabit dalam kes tersebut.

Terkejut dengan dakwaan itu, Zul atau Zulkifli Ariffin, 38, menegaskan dia tidak pernah melakukan kekasaran terhadap wanita kerana tidak di didik dengan perbuatan berkenaan.

“Saya pun tak tahu nama saya panas sebab saya dekat set penggambaran dan saya cuti hari ini, saya tak tahu apa cerita.

Zul nafi dirinya pelakon lelaki yang dicari netizen ketika ini.

“Saya rasa saya tak tahu nak cakap apa dah… Sah sah bukan diri sendiri. Saya memang tak ada genetik pukul perempuan atau pun angkat tangan pada perempuan,” katanya.

Zul berkongsi perkara itu menerusi satu temu bual bersama MBuzz yang dimuat naik di saluran YouTube.

Dalam pada itu, Zul mengakui tuduhan tersebut tercetus disebabkan usianya yang hampir sama dengan pelakon berkenaan.

Malah memberitahu tiada rasa hormat dengan terhadap lelaki yang gemar mengangkat tangan kepada insan lemah.

“Sekarang banyak lelaki macam itu. Tak berapa nak lelaki sangat, nak buat macam mana?

“Saya rasa disebabkan umur itu yang kena petik… Nampak umur-umur macam saya tapi saya ambil peluang beritahu umur saya 38 tahun.

“Saya sebagai seorang lelaki, saya memang agak kurang atau pun hormat kepada lelaki yang angkat tangan pada perempuan,” ujarnya.

Pada 8 Julai lalu, seorang pelakon lelaki popular berusia 37 tahun didakwa memukul teman wanitanya dalam satu kejadian di Ara Damansara, Petaling Jaya.

Zul tak didik kasari wanita.

Menurut Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Ja’afar@Ismail berkata, susulan kejadian itu mangsa membuat laporan polis di Balai Polis Sea Park pada petang Ahad.

Selain Taufiq, nama pelakon Ammar Alfian, Taufiq Hanafi dan Syazwan Zulkifly antara yang dipetik sebagai individu dimaksudkan namun menyangkal tuduhan tersebut.

Pada malam Rabu, pelakon lelaki berkenaan hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya ditemani bapanya bagi memberi keterangan.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*