Setelah 4 Tahun Bergelar Ibu Tunggal, Ini Pesanan Ziana Zain Untuk Anak-anak

Hampir empat tahun melayari hidup sebagai ibu tungg4l, penyanyi Ziana Zain bagaimanapun mengakui dia tidak menutup pintu hatinya.

Namun, pemilik nama lengkap Siti Roziana Zain ini berkata, buat masa sekarang dia lebih senang memberikan fokus terhadap empat anaknya selain karier seni.

“Sebenarnya saya tak berani cakap tutup hati ke tidak… sebab kita tak tahu di masa hadapan.

“Saya lebih tertumpu kepada kehidupan sebagai seorang ibu, penyanyi, kakak dan anak-anak saya.

“Tapi saya mohon pada Allah agar beri yang terbaik dalam hidup saya.

“Bila minta yang baik, Allah akan bagi dalam bentuk apa… Wallahualam. Paling penting sekarang, saya nak menyanyi dan jumpa peminat,” katanya kepada Media Hiburan.

Ziana berkata demikian ketika ditemui pada majlis sidang media Konsert Anuar Zain & Ziana Zain Live In Kuala Lumpur 2022 yang berlangsung di Hotel Le Meredien, Kuala Lumpur.

Sementara itu, Jualan tiket konsertnya bersama Anuar Zain, Anuar & Ziana Live In Kuala Lumpur 2022 pada 6 Ogos depan habis terjual dalam tempoh tiga hari selepas ia dilancarkan.

Sekadar informasi, Ziana mendirikan rumah tangga bersama bekas ketua pramugara, Armin Zaharin pada 9 Mei 1998 dan dikurniakan empat orang anak iaitu Muhammad Aiman, 22, Muhammad Ammar, 18, dan pasangan kembar, Muhammad Ariel dan Siti Nur Kaseh yang kini berusia 13 tahun.

Selepas dua dekad hidup bersama, Ziana dan Armin disahkan berc3rai tal4k satu di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam pada 12 Julai 2018.

Pesanan Ziana Zain Untuk Anak-Anaknya Tentang Bekas Suami, Armin Zaharin Dalam Rancangan Next To Neelofa Buat Peminat Tersentuh. Mulianya Hati Seorang Ibu, Tak Semua Orang Macam Ni. Respect Kak Ziana !!

Ziana Zain pernah melalui pengalaman pah1t apabila bahtera perkahwinannya bersama Armin Zaharin putvs di tengah jalan. Dengan keazaman dan tekad yang kuat, Ziana meneruskan kehidupannya bergelar ibu tungg4l kepada 4 orang anak.

Bukan mudah untuk membesarkan anak-anak sendiri, pelbagai dug4an dan rint4ngan dihadapi namun Ziana tetap kuat. Meninjau akaun Instagram Ziana Zain, telah dikongsikan sedikit sedutan video yang memaparkan temubual Ziana bersama Neelofa.

Menjadi artis jemputan untuk talkshow Next To Neelofa musim 2, banyak yang dikongsikan oleh Ziana tentang kisah kehidupannya itu. Tidak hanya fizikal malah em0si juga perlu kuat untuk mengharungi segala dug4an yang mendatang.

Dalam video ini, Ziana memberitahu tentang pesanannya kepada anak-anak mengenai ayah mereka. Seandainya nanti ketika Armin sudah tua dan tiada siapa yang menjaganya, Ziana meminta anak-anak mengambil ayah mereka ini dan menjaganya sebaik mungkin.

Perkongsian ini telah mendapat perhatian daripada warganet dan ramai yang terharu dengan tindakan Ziana ini. Antara komen-komen mereka :

” Beautiful heart, What a gold hearted person you are kak ziana. Terharu dengar pesanan Ziana ni.. bukan semua orang ada sifat memaafkan seperti ini.. “

” Begitulah saya pesan pada anak2 saya … seandainya ayah dah tua nanti ayah sak1t dan takde siapa nk jaga ayah , korang anak2 ayah jaga dan amik alih tugas masing2 jaga ayah .. bur0k baik ayah dia ttp ayah kalian.. “

” Alhamdulillah respect dengan Ziana ni, satu pesanan buat kita semua, baik atau sebur0k mana pun sifat bapa kita, tolong ambik peduli.. “

” Masya Allah mulianya hati Ziana Zain, tersentuh hati saya mendengar pesanan khas untuk anak-anak ni. Betul baik burukpun tetap ayah sampai mat1.. “

” Betul tu. Mak ayah tiada galang ganti. Baik burvk diorang tetap ibu bapa kita. Kasih sampai syurga. terbaik lah Ziana, kita pulak yang seb4k tengok.. “

” Hati seorang wanita yang bergelar ibu, walau apa pun yang jadi dulu itu semua hanya t1nggal sejarah dalam lipatan hidup. Memaafkan itu yang terbaik, saya kagum dengan Ziana.. “

” Tersentuhnya dengar pesanan Ziana untuk anak-anak ni. Ayah, burvk baiknya tetap ayah. Ziana sangat baik orangnya dan pemaaf.. “

Pesanan yang pastinya akan sentiasa tersemat dalam hati anak-anak Ziana. Baik burvk pun Armin tetap ayah mereka. Semoga Ziana dan anak-anak sentiasa gembira bersama dan dirahmati oleh Allah selalu hendaknya.

Sumber: MH, IG Ziana Zain, IG Meletop

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri. Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*