Dituduh Tak Ada Job Sebab Sering Muncul Di ‘Live’ TikTok, Anak Tiri TokTi Bidas Kenyataan Netizen

Siapa yang tak kenal dengan penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza? Tahun ini saja, penyanyi kelahiran Pahang ini sudah mengadakan tiga buah konsert dengan konsert ‘Cinta Di Awan’ dikatakan yang terakhir bagi tahun ini.

Walau bagaimanapun, timbul kata-kata sinis di media sosial yang mengatakan penyanyi tersebut tidak mempunyai ‘job’ kerana sering muncul membuat live promosi produk keluarannya, Simplysiti di TikTok dan Instagram.

https://x.com/BAD_ARSILA/status/1830496938921431082

“Macam mana boleh kata DCT tak ada job?”

Kenyataan ini walau bagaimanapun telah dibidas anak tiri kepada Datuk Seri Siti Nurhaliza, Asyraf Khalid yang pelik dengan pandangan netizen terhadap ibu tirinya.

Menurutnya, tahun ini sahaja Datuk Siti sudah mengadakan beberapa konsert, malah ibu tirinya juga tidak sempat untuk berehat pun kerana komitmen kerja.

Simplisiti ialah sebuah perniagaan dan perniagaan perlukan marketing dan promosi juga. Nampaklah busy macam mana pun, Simplysiti tetap di hati,” katanya.

Posting tersebut juga mendapat sokongan netizen yang juga mengakui penyanyi tersebut memang sangat aktif pada tahun ini.

Rasanya bukan TokTi je rajin yang buat TikTok live, ramai artis sekarang kalau berbisnes memang gunakan platform sosial media untuk promosi produk.

Sumber: X

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*