Hasrat dua individu untuk mendaki sebuah bukit di Pulau Kapas, Terengganu, terbantut apabila mereka melihat sekumpulan individu berpakaian serba putih di kawasan tepi laut.
“Apa benda tu? Kejadian 10.48 pagi tadi. Masa tu aku dalam perjalanan nak pergi hiking tapi patah balik sebab tak ada orang pergi hiking pagi, cuma kami berdua je,” tulis Muhammad Nazrin pada kapsyen video TikTok.
Di ruangan komen, ramai net1zen berjenaka tentang kelibat kumpulan berbaju putih itu, tak kurang juga yang mengaitkannya dengan elemen mistik seperti orang bun1an dan sebagainya.
View this post on Instagram
“Jangan k4cau bun1an nak healing tu.
“Dari jauh nampak real macam orang bun1an.
“Insan terpilih je dapat jumpa bun1an ni,” tulis beberapa net1zen.
Saya ada WhatsApp dengan adik tu… dia tak yakin yang baju putih semua tu manusia.
Dicelah-celah spekulasi berkenaan, seorang wanita dikenali sebagai Gee tampil memberikan penjelasan bahawa dia merupakan salah seorang individu berbaju putih dalam video tular itu.
“MasyaAllah. Itu team kami sedang bercuti. Baru lepas turun bot untuk hiking Bukit Singa. Kami bukan bun1an,” tulisnya di ruangan komen.
Ketika dihubungi mStar, Gee berkata dia dan rakan sekerjanya bercuti di Terengganu sejak Khamis, 22 Jun sebelum mengikuti perjalanan balik hari ke Pulau Kapas pada Jumaat.
“Kami semua kawan-kawan pejabat. Kami dari Shah Alam, penerbangan kami tiba di Terengganu pada 8 pagi Khamis. Tiga hari kami di sana. Pada Jumaat, kami ambil pakej day trip ke Pulau Kapas untuk OOTD (outfit of the day).
“Saya yang tetapkan supaya semua berpakaian putih. Saya kata, siapa tak pakai putih, saya akan golek dalam laut. Total semua 13 orang termasuk anak saya.
“Tiba-tiba member maklumkan yang video kami dah viral. Ada orang rakam dari jauh. Jadi kami cuba semak masa serta tarikh, betul memang kami dalam video TikTok individu tersebut,” ujarnya kepada mStar.
Menurut Gee yang bekerja di Pejabat Tanah Dan Galian Selangor, dia turut berhubung dengan pemuda berkenaan bagi menjelaskan situasi sebenar yang berlaku pada hari itu.
Sebahagian rakan-rakan Gee yang ikut serta ketika OOTD di tepi pantai.
“Terkejut la kita dah viral. Saya pun ada WhatsApp dengan adik tu. Dia tak yakin yang baju putih semua tu manusia. Jadi lepas dah sahkan bahawa itu team saya dalam video berkenaan, dia pun ada minta maaf.
“Baca komen net1zen, saya pun rasa terhibur. Bukan salah adik tu pun. Dia cuma nak kepastian. Tapi kami pun tak hiking, sebab salah seorang rakan terkena ob0r-ob0r. Jadi kami bergambar di bawah saja,” ujar Gee lagi.
Tambah Gee, dia terhibur dengan kej4dian itu dan tidak ambil hati tentang penularan video berkenaan.
Malah katanya, kunjungan kali kedua ke Pulau Kapas itu dianggap sebagai kenangan melucukan selepas kisah dia dan rakan-rakan sekerjanya tular di TikTok.
sumber: mstar
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.
Leave a Reply