Terbongkar! Isteri Bell Mula Ceritakan Kehidupan Sebenar Bell Ngasri!

NUR FARHANA ialah isteri Bell Ngasri sebagai isteri yang setia menyokong kerjaya suami.

Jarang berkongsi kisah peribadi kepada umum, pasangan ini bagaimana pun kian matang melayari alam perkahwinan yang menginjak usia 16 tahun.

Kebelakangan ini nama suami tercintanya menjadi bualan hangat peminat seni tanah air.

Maka tak dinafikan Nur Farhana Mahamad Fauri atau dikenali sebagai Sha turut tidak terkecuali menjadi perhatian umum.

Ini selepas Bell atau nama sebenarnya Nasrizal Ngasri yang sinonim dengan watak Barkoba menerusi filem box office 18 Puasa tercalon dalam Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH 35).

Sebagai isteri, Sha turut berkongsi kemeriahan peminat mengundi suami tersayang di media sosial miliknya dan tak menyangka populariti Bell melonjak naik ketika ini.

Yang pasti, Sha bukan calang-calang wanita kerana dia juga berkerjaya dan berpengalaman dalam industri seni.

Pendek kata, ibu tiga anak ini ialah orang kuat di belakang tabir.

Sebagai ‘orang produksi’ tentunya Sha lebih memahami kerjaya suami tersayang yang sudah lebih tiga dekad berada dalam industri.
Bahkan adik-beradik Bell iaitu Naszeli Ngasri, Datin Anne Ngasri dan Darling Ngasri juga merupakan pelakon.
Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada tahun 2007.
DI SEBALIK watak komedi yang sering ditonjolkan dalam lakonan, mungkin ramai tidak tahu pelakon dan pelawak Bell Ngasri sebenarnya adalah seorang bapa yang garang serta tegas di rumah.

Keperibadian Bell itu didedahkan sendiri oleh isterinya iaitu Nur Farhana Mahamad Fauri yang juga merupakan seorang penulis skrip drama tempatan.

“Dia (Bell) sebenarnya seorang yang garang dan tegas dengan anak-anak. Perbualan mereka di rumah pun selalunya lebih serius.

“Anak-anak tahu sikap Bell malah tidak menonton drama atau filem lakonan bapa mereka.

“Sebab itu kalau Bell sesekali buat lawak, anak-anak keliru sama ada ia jenaka atau dia sedang serius,” katanya kepada mStar.

Farhana ditemui ketika majlis Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-35 (ABPBH35) yang turut menobatkan Bell sebagai Bintang Paling Popular dalam edisi kali ini.

Menyifatkan kemenangan itu di luar jangkaan mereka, Farhana turut memuji sikap suaminya yang tidak pernah berputus asa sepanjang 37 tahun bergelar anak seni.

“Selagi mampu bekerja dia akan tetap bekerja. Saya tidak pernah dengar dia penat atau berputus asa. Cuma ada ketika dia bimbang bagaimana mahu kekal relevan dalam dunia lakonan.

“Kemenangan Bell ini adalah di luar jangkaan sebab dia bersaing dengan ramai artis baru. Syukur atas kemenangan yang tidak pernah difikirkan ini,” ujarnya.

Selain mengungguli trofi Bintang Paling Popular, Bell atau Ngasrizal Ngasri juga menang dalam kategori Artis Komedi Popular.

Melihat komitmen kerja Bell selama ini, Farhana memberitahu dia cukup faham akan prinsip Bell yang mengutamakan komitmen kerana suaminya sudah mula berlakon sejak kecil.

“Sebelum berkahwin saya sudah lama kenal dia. Saya dah melihat cara dia bekerja dan dia memang hidup untuk bekerja.

“Saya faham komitmennya dan kenapa saya perlu halang dia memperlahankan karier selepas kami berkahwin. Saya perlu hormat pendirian suami,” jelasnya.

Untuk rekod Bell dan Farhana mendirikan rumah tangga pada 2007 dan mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri. Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri. Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.