Isteri Eddie Wings meninggal dunia ketika dialisis

lsteri kepada pemain gitar kumpulan Wings, Eddie iaitu Norlela Mohd Yusof, 61, meninggal dunia kira-kira 2.10 petang Jumaat akibat komplikasi buah pinggang.

Allahyarham meninggal dunia di Hospital Ampang.

Berkongsi berita duka itu Eddie atau Samsaidi Ulong Idris, 55, memberitahu Allahyarham sudah dua minggu menerima rawatan di hospital itu akibat penyakit yang dialami.

Kenangan Eddie bersama isteri dan keluarga.

“Isteri saya meninggal dunia ketika sedang melakukan rawatan dialisis. Sebelum ini dia pun dah dua minggu dirawat di hospital.

“Selain masalah buah pinggang dia juga terkena jangkitan kuman dan jantung menjadi lemah,” katanya ketika dihubungi mStar.

Eddie memaklumkan jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Jalan Ampang, Kuala Lumpur pada malam Jumaat.

Sementara itu Eddie turut memberitahu dia sudah bersedia dengan segala kemungkinan memandangkan isterinya itu sudah lama menderita sakit.

Dalam nada sedih, Eddie memaklumkan dia akan tetap beraksi bersama kumpulan Wings sempena Konsert Nusafest yang dijadual pada Sabtu kerana telah berjanji untuk terlibat dalam acara berkenaan.

“Saya dah janji dengan kawan-kawan. Saya mungkin akan buat persembahan juga.

“Saya pun sudah sedia dengan segala kemungkinan sebab isteri dah lama sakit,” ujarnya sambil kedengaran sebak.

Hasil perkongsian hidup Eddie dan isteri, mereka dikurniaan tiga orang cahaya mata termasuk Billa yang juga merukan seorang penyanyi.

sumber: mstar

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri. Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri. Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.