Babak ‘naik kaki’, Sheila Mambo mohon jangan marah Janna Nick… “Dia minta maaf, tak rancang buat begini”

Pelakon Sheila Mambo meminta penonton agar tidak memarahi aktres Janna Nick susulan babak dia ditendang dalam drama Surat Untuk Tuhan.

Kata Sheila atau Rusilawati Hassan, 60, aksi tersebut tidak dirancang dan Janna sendiri sudah meminta maaf kepadanya selepas melakonkan babak tersebut.

“Jangan marah Janna. Sebaik sahaja (babak) ini habis, dia terus datang peluk saya dan minta maaf berkali-kali. Dia pun tidak rancang untuk buat begini.

“Saya sudah maafkan dia,” katanya.

Antara babak yang dilakonkan Sheila dan Janna.

Sheila menulis perkara itu di Instagram berserta paparan video episod ke-14 drama tersebut yang ditayangkan di TV3.

Menurut Shiela, Janna seorang pelakon yang baik hati dan sering menjaganya ketika mereka bersama-sama terlibat dalam pengambaran drama tersebut di Makkah.

“Jangan kecam Janna. Dia anak yang baik. Semasa saya tidak sihat di Makkah dia yang jaga makan dan minum saya,” ujarnya.

Kata Sheila lagi, babak yang dipamerkan dalam drama tersebut tidak mustahil berlaku dalam kalangan masyarakat.

Malah ini juga menjadi satu pengajaran buat semua penonton.

“Semoga babak ini menjadi iktibar pada semua penonton. Realiti kehidupan ada sahaja anak yang derhaka kepada orang tua secara terang dan halus,” jelasnya.

Sebelum ini, drama Surat Dari Tuhan mencetuskan kontroversi susulan dialog yang dilemparkan oleh Janna dianggap kurang sesuai ketika berada di Madinah.

Video yang tular tersebut menunjukkan Janna atau nama wataknya iaitu Misha bersumpah tentang kematian ibu mentua ketika berada di Tanah Suci.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri. Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.

*