Pelakon dan penerbit Datuk Rosyam Nor berkata dia bersikap profesional dan tidak memberikan sokongan terhadap kegiatan boikot artis-artis yang terpalit dengan kontroversi.
Memetik mStar Online, Rosyam berkata jika watak tersebut dengan artis berkenaan dia tidak mempunyai masalah untuk mengambil berlakon di bawah syarikat produksi miliknya.
Menurut Rosyam lagi setiap orang melakukan kesilapan namun Allah menutup aib mereka dan siapa kita untuk menghalang rezeki seseorang.
“Saya tiada masalah, kalau sesuai dengan watak saya ambil sahaja. Bukan tugas saya nak halang rezeki orang. Mungkin kesilapan itu, kesilapan yang dia dah buat dan juga terbuka kepada umum.
“Orang lain buat kesilapan tapi tak terbuka, Allah tutup aib dia. Saya pun ada silap juga. Siapa kita nak halang rezeki orang, kalau dia ada rezeki kerja dengan saya, saya ambil sahaja,” katanya.
Dalam ada itu, apabila ditanya kebimbangannya jika boikot netizen, Rosyam berkata dia tidak rasa risau mengenai perkara itu.
“Ramai artis dulu-dulu yang ada masalah tapi ada sahaja orang terima. Sekejap sahaja,” katanya.
Leave a Reply