Jep Akui Tak Mampu Berhenti, Sepahtu Periuk Nasi Jep Walau Dah Tak C0mplete

Isu tentang kumpulan Sepahtu sememangnya sudah diketahui oleh ramai dimana kumpulan tersebut telah berpecah. Namun, sehingga kini para peminat masih bertanya dan mengharapkan kumpulan tersebut kembali bersatu. Baru-baru ini, Muhd Nadzri atau lebih dikenali dengan panggilan Jep Sepahtu telah menjawab soalan peminat berkenaan isu Sepahtu.

Susah untuk cukupkan ahli Sepahtu

Menerusi live di aplikasi TikTok peribadinya, seorang peminat telah menyuruh Jep cukupkan ahli Sepahtu seperti dulu. Dia menyatakan bahawa perkara tersebut adalah susah kerana masing-masing sudah ada komitmen, keinginan dan kecenderungan yang tersendiri. Tak pandai berniaga ataupun buat perkara lain, hanya Sepahtu tempatnya mencari makan. Oleh itu, dia harus tetap teruskan juga Sepahtu walaupun berseorangan.

Akur dan hormat pendirian orang lain

Sudah puas memujuk dan ajak ahli kumpulan yang lain untuk meneruskan Sepahtu namun dia harus akur dan hormat pendirian orang lain. Pelawak tersebut juga mengatakan bahawa dia sekolah tak berapa pandai jadi bakat keizinan Allah yang bagilah membuatnya masih boleh mencari makan.

Harus terus berjalan dan tidak boleh berhenti

Masih ada benda yang perlu ditanggung dan perlu dibayar. Oleh itu dia harus terus berjalan dan tidak boleh berhenti. Pelawak tersebut juga berterima kasih kepada orang yang masih menemaninya untuk terus berkarya seperti Abang Ebby. Dia juga menyatakan bahawa kadang-kadang sudah tidak tahu untuk menjawab soalan-soalan tentang ahli kumpulan Sepahtu yang lainnya.

Sumber: Twitter _NazriH & KisahDunla

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri. Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*