Baru-baru ini, rakyat Malaysia dikejutkan dengan kes penderaan kanak-kanak lelaki berusia 7 tahun yang berjaya dibongkar jiran tetangga.
Suspek yang merupakan ibu kandung dan rakan pengkid telah ditahan untuk membantu siasatan.
Terbaru, netizen menyerang akaun media sosial dipercayai milik suspek iaitu ibu kandung kanak-kanak itu.
Para netizen mengutuk perbuatannya yang nampak seperti seorang ibu yang penyayang kerana kerap memuat naik gambar anak-anak.
Namun siapa sangka, anak boleh menjadi mangsa dera hanya beberapa bulan tinggal bersama di Johor. Foto yang paling banyak mendapat reaksi daripada netizen adalah foto suspek selfie bersama rakannya.
Setakat ini, foto itu telah mendapat lebih 3,000 komen dan 2,000 shares. Orang ramai meluahkan rasa marah dan tak sangka seorang ibu sanggup naik tangan terhadap anak yang tak berdosa.
Sebelum ni, kanak-kanak tersebut amat gembira setelah bapa kandungnya datang dan bertemu dirinya.
Bapa kandungnya yang bernama Amirul Haizad ada muatnaik pertemuannya dengan anaknya itu.
Katanya dia tak pernah pun naik tangan terhadap anaknya itu.
“Syukur sangat dah jumpa balik harta dunia akhirat aku. Anak yang tak pernah aku naik tangan kat depa. Selama ni aku diam saja.”
Tentang di mana keberadaannya sebelum ini, Amirul Haizad menyatakan bekas isterinya dah melarikan anaknya itu sejak dari tahun 2022 lagi.
“Saya bukanlah baru muncul. Saya dah cari anak ni selama setahun lebih, bekas isteri saya bawa lari dia dari saya. Dia pun dah block saya, dia bawa lari sejak dari 5 September 2022.”
Sumber : ohmedla
Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.
Leave a Reply