Alhamdulillah Yakln Allah ada, Rupanya ada kisah disebalik kejadian tentang Seorg lelaki yg terselamat

Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) meminta agar privasi lelaki yang memeluk Islam selepas berada berhampiran dengan kejadian tanah jerlus di Majlis India, Jumaat lalu dihormati.

Presiden ABIM Ahmad Fahmi Mohd Samsudin yang mengesahkan perkara itu berkata, lelaki berkenaan memeluk Islam pada Isnin lalu di bawah kelolaan Islamic Outreach ABIM (IOA) Centre di Masjid Negara.

“ABIM memohon agar semua pihak memberi ruang kepada saudara baru ini bertenang, menghormati privasi dan mendoakan kebaikan beliau.

“Semoga kita semua mendapat hidayah daripada Allah Subhanahu wa-Ta’ala, serta istiqamah dalam mengerjakan apa yang diperintahkan-Nya dan meninggalkan apa yang dilarang-Nya,” kata Ahmad Fahmi dalam kenyataan.

Menurut beliau, ABIM menegaskan bahawa mempunyai agama adalah hak dan fitrah semula jadi manusia dan sudah semestinya tidak ada siapa pun boleh memaksa atau dipaksa dalam perkara beragama.

Hal ini katanya, selaras dengan firman Allah bermaksud: “Tidak ada paksaan dalam agama (Islam), kerana sesungguhnya telah nyata kebenaran (Islam) dari kesesatan (kufur).” (Surah al-Baqarah: 256)

Serentak itu ABIM mengajak semua umat Islam untuk terus menyebarkan keindahan Islam dan selanjutnya meningkatkan keimanan dan ketaqwaan kepada Allah,

Dalam masa sama ABIM mendoakan agar operasi pencarian mangsa tanah jerlus di Masjid India dipermudahkan, dan menzahirkan rasa simpati buat keluarga mangsa.

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*